Sengaja saya timbulkan isu ini dalam suasana sekarang ada ibu bapa berada dalam dilema sama ada wajar @ tidak menghantar anak mereka ke asrama terutamanya SBP, MRSM, SMKA dan lain2 lagi sekolah yang berprestij.
Ibu bapa yang anak mereka berjaya cemerlang, mungkin tengah sibuk
memikir-mikir mahu pun telah mengisi dan menghantar permohonan untuk
anak ke asrama. Biasanya permintaan ke asrama melebihi penawaran. Jadi
hanya meraka yang benar-benar layak akan diterima masuk. Kelayakan itu
pula bergantung kepada keputusan dan pencapaian anak selain dari yang
telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab seperti Kementerian yang
bertanggungjawab dan pihak sekolah itu sendiri.
Semua ibu bapa
ingin melihat anak-anak mereka mendapat yang terbaik, terutama dari sisi
pelajaran. Kita sedar ilmu itulah yang akan memandu pemiliknya
mengemudi kehidupan berbanding harta yang hanya menagih penjagaan. Ilmu
juga mampu mendatangkan harta. Ilmu itu sendiri harta yang tidak mungkin
di curi kerana tersimpan di tempat yang paling selamat, iaitu di dalam
dada. Oleh itu jika menginginkan dunia
mahu pun isinya mestilah berilmu, jika menginginkan akhirat juga
mestilah berilmu. Jika menginginkan kedua-duanya juga pastilah dengan
ilmu.
Mungkin ada ibu bapa yang was-was untuk menghantar
anak ke asrama sedangkan anak itu sendiri mahu sedemikian. Terdapat juga
ibu bapa yang beria-ia mahu anak ke asrama sedangkan anak keras
menolak. Maka wujud pertentangan kehendak atau keinginan. Saya minta jangan memandang remeh pada perkara ini. Keputusan yang betul bakal memastikan kejayaan masa depan anak tersebut
Ramai ibu bapa bertanggapan bahawa anak2 yang dihantar ke asrama dapat melahirkan anak yang bertanggungjawab, berdikari dan boleh survival tanpa bergantung sepenuhnya lagi kepada ibu bapa di samping dapat menyediakan kemudahan belajar yang kondusif kepada anak2 mereka, tetapi dalam era IT dan maklumat tanpa wayar sekarang, pelbagai unsur telah menyerap ke dalam minda anak2 kita sehinggakan kita sendiri tidak akan menyangka anak2 kita akan bertindak melampaui batas berdasarkan didikan dan ilmu agama yang telah kita terapkan sejak kecil lagi.
Sebab itu kita sudah mula membaca di media massa kes2 disiplin melibatkan pelajar sekolah2 berasrama penuh & sekolah agama. Terfikir di benak kita mengapa pelajar yang dikurniakan akal yang cerdik dan belajar di sekolah yang mempunyai persekitaran yang baik boleh terjebak dengan masalah perilaku sepertimana pelajar2 di sekolah2 harian biasa?
Semua faktor ini menyebabkan ibu bapa mula gusar untuk menghantar anak mereka ke asrama kerana bimbang anak mereka tidak kuat untuk menahan diri dari panahan anasir2 nehatif tersebut tetapi dalam masa yang sama sayang untuk melepaskan peluang keemasan yang terbentang di depan mata di mana berpuluh-puluh ribu pelajar berebut2 untuk mendapatkan tempat di asrama tetapi gagal mendapatkan tempat, tetapi anak kita berjaya mendapat tempat tetapi kita yang menolak peluang tersebut disebabkan unsur2 ini?
Sesetengah
ibubapa mungkin merasa wajar untuk mereka tetapi mungkin juga tidak.Ada
yang berpendapat umur 13 tahun masih memerlukan pemantauan rapi, masih
terlalu muda untuk hidup berdikari dan tidak begitu yakin untuk
melepaskan mereka.Apatah lagi jika anak itu adalah anak tunggal mesti
mahu dia sentiasa berada didepan mata.
Sebenarnya asrama ini ada baik dan buruknya.
Apabila
duduk di asrama, anak akan banyak bergaul dengan kawan-kawan. Terpulang
kepada anak untuk memilih rakan kerana pengaruh kawan amat besar
impaknya.
Sebelum menghantar anak ke asrama, kenalah tahu anak kita itu jenis yang macam mana.Jika
mudah dikawal serta senang mendengar kata tidak ada masalah.Tetapi
kalau anak yang ditegur sikit pun tak boleh, macam mana kita hendak
lepaskan dia ke asrama.
Namun sebaik
sahaja mereka tingal di asrama, ada yang berpendapat ibu bapa tidak
perlu campur tangan dalam pengurusan sekolah, melainkan kalau ia
melibatkan perkara yang serius. Tapi,pada masa yang sama kena juga ambil
tahu perkembangan anak.Tujuan kita menghantar anak ke asrama adalah
membentuk diri dan sahsiah anak.Jika sekiranya perkara kecil pun ibu
bapa hendak masuk campur dan bela anak,anak akan besar kepala sekali gus
mencetuskan masalah disiplin.
Yang pentingnya
kesediaan anak itu.Jangan memaksa anak sebab kalau dia pergi dalam
keadaan terpaksa, nanti anak akan memberontak dan buat hal di asrama
pula.
Saya kumpulkan beberapa pendapat tentang pro dan kontra tentang menghantar anaka ke asrama seawal usia 13 tahun:
- Kita menyangka dengan kecemerlangan akademik anak-anak kita, itulah tiket yang dikejar supaya anak-anak dapat masuk ke golongan sekolah 'elit' (asrama penuh)! Kita sebenarnya malah telah melakukan satu kesilapan besar..! Benar apa yang ditekankan dasar pendidikan negara berpuluh tahun lampau, sekolah berasrama penuh disediakan untuk anak-anak dari pedalaman yang berasal dari keluarga kurang mampu. Di sana mereka diberi penjagaan sebaiknya dari segi makan minum dan jadual belajar supaya tidak terbeban oleh kekangan kemiskinan dan masalah keluarga. Fikiran mereka tenang dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran sepertimana anak-anak bandar yang belajar dalam keadaan selesa di rumah masing-masing.Sedangkan ibu bapa yang berkemampuan yang boleh menyediakan kemudahan yang lebih kondusif untuk anak belajar mengapa mesti menghantar anak ke asrama?
- Dari limpahan kasih sayang dalam pendidikan ibu bapa, anak-anak kita dilontar ke asrama sekolah yang dipantau oleh warden yang penuh disiplin dengan hukuman yang keras, terdedah kepada buli dan dera oleh senior dan sesama rakan, diet pemakanan dan penjagaan kesihatan yang bercelaru (kebanyakan anak-anak yang baru menginjaki usia remaja jarang menitik beratkan soal pemakanan berzat, rata-rata menjadikan air berkarbonat, junk food/makanan segera (terutama mee segera) sebagai sulaman pemakanan mereka di asrama, di luar waktu makan yang disediakan oleh pihak sekolah/kerajaan).
- Pernahkah kita sebagai ibu bapa terfikir, dalam penyediaan makanan untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, adakah tukang masak yang dibayar gajinya oleh kontraktor makanan di sekolah tersebut 'mensucikan' makanan yang akan dimasak mengikut sunnah Islam, lengkap dengan Bismillah, niat mensucikan, membaca selawat jika lebih peka, dan mengamalkan cara penyediaan masakan atau makanan 'penuh kasih dan sayang'..? Sedangkan setiap kali anak-anak makan hidangan dari masakan ibu di rumah, semuanya disediakan mengikut cara Islam berserta selawat dan ayat-ayat yang mendoakan kekuatan iman mereka (bagi ibu yang benar-benar melaksanakan amanah Allah untuk menjaga anak-anak yang dipinjamkan oleh Yang Hak kepada mereka). Apapun cerita di sebaliknya, sekurang-kurangnya anak-anak pasti disediakan dengan makanan yang lebih bersih di rumah, berbanding dengan apa yang mereka biasa dapati di dewan makan asrama sekolah mereka!
- Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan anak-anak kita di asrama terdidik oleh pengaruh pihak yang mendominasi masyarakat asrama...kaki buli, kaki carut, penuh kekerasan dan amat tipis nilai budaya dan adat resam, jauh sekali bekalan agama. Bagi mereka waktu solat adalah disiplin yang dipatuhi setakat ritual fizikal. Buktinya? Wujud video-video yang mempermainkan agama oleh anak-anak dari sekolah berasrama ini... Walaupun bukan semua, namun ramai jugaa yang secara terang-terang mengakui dan bangga mempamerkan amalan 'gay' dan 'lesbian' mereka terutama yang bersekolah di sekolah yang tidak bercampur jantinanya.
- Sewaktu ustaz memberi ceramah, ramai yang berborak dan merancang strategi untuk 'fly' ke 'cyber cafe' untuk bermain 'game', mencari 'pot' tersembunyi untuk menghisap rokok atau memikirkan cara membalas dendam antara 'puak' di asrama. Perhatikan bahasa-bahasa kesat dan lucah yang menjadi amalan perbualan harian atau sewaktu 'chatting' di Face book anak-anak remaja kita...! Amat mengerikan! Tidak ada langsung bayangan didikan agama yang berkesan di jiwa mereka, baik lelaki mahupun perempuan... Jarang ada perbincangan melibatkan isu pelajaran dan masa depan, sebaliknya mereka lebih seronok menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer berbual mengenai konsert rock, melepak, menghadiri parti liar dan masalah pasangan.
Di sini saya letakkan kisah2 benar mengenai dilema ibu bapa yang menghantar anak ke asrama yang saya ambil dari blog2 tertentu yang berkaitan. Tujuannya untuk membantu ibu bapa yang sedang berfikir2 sekarang sama ada wajar @ tidak menghantar anak ke asrama selepas UPSR.
CERITA 1:
http://adillaharun.blogspot.com
Saya kini berada dalam 'dilema rasa'.
Ini saya rasakan terhadap anak sulung saya yang kini berada di sebuah
sekolah agama berasrama penuh. Masih saya ingat betapa beliau menolak
untuk ke asrama. Pada waktu itu saya merasakan penolakan itu tidak wajar
kerana ia seolah-olah menidakkan usaha saya dan suami yang mahukan yang
terbaik untuknya. Saya pejam sebelah mata dalam memandang sama ada
anak itu sudah ada kesediaannya sendiri (rela hati) atau sebaliknya.
Niat saya supaya dengan kemasukan ke asrama penuh, anak saya dapat
belajar berdikari (di rumah semua bagai pahat dan penukul dan banyaknya
emak tolong). Selain dapat bergaul dengan mereka yang baik pelajarannya
(akhlak belum tentu, namun Insyaallah), mendapat bimbingan dari
guru-guru yang bagus-bagus. Memilih untuknya ke sekolah agama pula
dengan niat supaya tidak terus meninggalkan terus pendidikan keagamaan
(terutamanya Bahasa Arab) yang diterima semasa di Sekolah Rendah Agama
di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah selama enam tahun.
Kini anak
saya telah pun berada di Tingkatan 3 dan bakal menduduki PMR. Saya
menjadi semakin bimbang. Lebih dari itu saya 'kalut'. Kekalutan itu
baru-baru ini telah membawa saya sehingga menelefon kepada Guru Besar
dan berjumpa dengan Guru Hal Ehwal Pelajar. Bukan kerana anak saya
melakukan sebarang kesalahan. Cuma saya berusaha untuk mengurangkan
kerisauan dan bertanyakan pandangan dari yang layak. Selain mengambil
tahu hal berkaitan sekolah itu sendiri.
Berbalik pada kebimbangan saya. Ianya kerana pada saya prestasi anak saya itu hanya 'sedang-sedang' sahaja dan tidak dalam konsistensi.
Pada awalnya menyedari perihal sedemikian, saya memikirkan mungkin anak
saya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Maklumlah pertama kali
melalui hidup sendiri. Pasti sukar juga buatnya. Awalnya juga beliau
berdepan masalah menyesuaikan diri dengan beberapa orang teman sebilik.
Namun semua itu berubah masuk kepada semestar kedua tahun pertama.
Beliau semakin selesa dengan persekitaran. Tiada lagi rungutan. Kini
beliau teramat suka dan 'sayang' pula dengan 'semuanya'. 'Comfort zone'
si anak berlawan dengan kerisauan saya yang memuncak bila memperkatakan
perihal akedemik. Beginilah perasaan yang menghantui saya:
Mampukah
anak saya setanding dengan prestasi sekolah yang sememangnya baik.?
Saya tiada di sampingnya untuk membantu seandainya beliau perlu. Selama
ini - tadika ke darjah enam, saya memantaunya dengan rapat sekali. Saya
telah menjadi guru tambahan padanya. Mengulangkaji bab demi bab
bersama-sama itu suatu yang biasa untuk dia dan saya. Masih saya ingat
bagaimana saya tidur pukul 2 pagi menyediakan ringkasan nota Sains
untuknya pada pagi UPSR (dia saya kerah tidur awal supaya cukup rehat).
Sebelum ini saya pasti telah melakukan yang terbaik untuknya. Sekarang
ini, saya menjadi kurang pasti. Apakah saya terperangkap dengan
ketegasan sendiri?. Timbul juga rasa bersalah dengan andaian prestasi
akedemiknya pasti lebih baik jika masih bersama-sama saya di rumah.
Beliau boleh sentiasa bertanya dan saya akan berusaha menjawab andai ada
yang kurang faham. Jika saya tidak cukup ilmu, saya akan mencari jalan
lain. Saya selalu 'menebalkan' muka ke sekolah demi anak-anak. Semuanya
dilakukan demi rasa ingin kebaikan buat anak-anak.
Tahun
ini menjadi tahun yang mencabar. Sebelum ini, saya dicop sebagai ibu
yang periksa bila anak periksa. Nampaknya begitu jugalah, tiada berubah.
Namun saya kini ada tiga orang yang perlu kepada perhatian dan
pemantauan bukan lagi satu, seperti along seorang. Kak Ngah di darjah
lima, Aisyah di darjah tiga. Saya perlu adil. Anas yang semakin membesar
dan juga mahu belajar yang semahunya.
Saya ingin simpulkan di
sini, pertamanya untuk diri saya dan mereka yang terbaca ruangan ini,
dalam membuat keputusan mengenai anak-anak beberapa perkara perlu di
beri perhatian seperti:
1. Niat - bersih dan luhurkan niat kita sebagai ibu bapa. Setiap perkara itu dinilai oleh Allah melalui niat.
2.
Kerelaan anak-anak - jangan lupa perihal perasaan anak-anak.
Perbincangan dengan anak-anak perlu. Nyatakan tujuan dan kehendak kita
sebagai ibu bapa dan jangan pula meremehkan kehendak anak. Jika perlu
'istikharah' - lakukan. Sekiranya perlu 'trial and error' - tawakkal dan pasrah.
3. Pemantauan - apa sahaja keputusan yang dibuat, pemantauan berterusan amat mustahak. Sesibuk mana pun ibu bapa, semasa berada dengan anak mestilah dengan jiwa dan bukan dengan hanya kata-kata.
4.
Pembetulan - andaikata hasil belum mencapai hajat, cuba perbaiki
kelemahan. Sedaya mungkin bantu anak kerana siapa lagi yang mereka dapat
harapkan jika bukan kedua ibu bapa.
5. Penyerahan total pada Allah. Solat itu tiang agama dan doa adalah senjata utama.
CERITA 2
http://www.melayu.com/sembang2
Ni pendapat pelajar sendiri dalam forum tersebut:
apakah jaminan belajar di sbp u akan dapat cemerlang spm?
apakah blaja di skolah harian akan menyebabkan u kantoi spm atau stakat cukup mkn ajer result spm?
saya penah blajar di skolah harian ngan sbp tapi apa yg rasa rasakan
sama ajer blajar dimana2 pun. kalo anda jenis pandai uruskan diri
sendiri, tau bahagi masa blajar dan ada inisiatif utk maju dalam
hidup...... man2 skolah pun sama ajer.
lihat sahaja anak2 cina, kenapa kebanyakkan mereka tak ghairah utk ke
b-school w/pun dapat pmr cemerlang. pastu mereka ini boleh dapat result
spm lagi cemerlang dari student kat sbp w/pun cuma blajar di skolah
harian.
nampakkan? terpulang kepada adik slamdunk utk membuat pilihan.
pengalaman saya di kedua2 skolah menunjukkan tiada bezanya di antara sbp
atau skolah harian.
CERITA 3:
http://infonewbie.com
Akhirnya hari nih tamatlah sudah penantian budak-budak UPSR tahun
2011 nih. Resultnya dah keluar tadi. So macam mana? Ok? Saya harap
semuanya ok.. adik saya pun sama, resultnya sama jugak dengan result
UPSR saya 13 tahun yang lalu. Huhu. Esok last sekolah mesti sayang nak
tinggalkan sekolah. Selalunya lepas apabila habis UPSR mesti ada yang
akan masuk ke sekolah berasrama dan jugak sekolah harian biasa.
Kalau sekolah berasrama biasalah semuanya kita kena buat sendiri kena
lebih berdikari berbanding sekolah harian yang mana kita masih tinggal
lagi dengan keluarga.
Bila duduk asrama kita lebih berdisiplin, lebih teratur masa belajar,
masa untuk tidur, bermain etc. Berbanding jika bersekolah di sekolah
harian biasa kita masih duduk di rumah, tinggal dengan keluarga, kita
boleh bermanja lagi dengan keluarga. Boleh bermalas-malas lagi. Actually
kedua-duanya nih ada pro dan kontranya, cuma bagi saya untuk
budak-budak yang baru nak melangkah ke Tingkatan Satu nih tak payah
sekolah jauh-jauh lebih baik dekat dengan keluarga sebab dalam
peringkat umur mereka yang masih muda dan baru menginjak ke alam remaja
macam mereka patutnya ibu bapa lebih banyak memberi perhatian terhadap
diorang.
Sebabnya masa ini mereka akan mula mencari identiti sendiri. Sebab
ketika ini jugak mereka merasakan bahawa mereka dah besar, dah boleh
buat apa sahaja. Masa nih mereka akan banyak bergaul dan sekiranya silap
pergaulan buruk padahnya. Lebih-lebih lagi jika seseorang budak tuh
datang dari keluarga yang pincang, lagi bahaya. Tapi tak semuanya la
akan jadi macam nih cuma segelintir je, ada yang pandai jaga diri
masing-masing. Tapi apa-apa pun bagi saya, memang tak sokong budak
remaja awal tahun nih berjauhan dengan keluarga buat pertama kalinya.
Sekiranya nak berjauhan, diorang boleh buat macam tuh bila dah habis
PMR. Masa nak masuk ke tingkatan empat, sebab masa nih mereka dah
matang, boleh berfikir sendiri dan boleh menguruskan diri sendiri. Dah
boleh untuk menentukan hala tuju sendiri. So macam mana dengan pendapat
korang plak ye?
CERITA 4
http://www.carigold.com/portal/forums
Sekolah asrama aku prefer ..tp asrama sains/mrsm la..
budaya belajar pelajar disana akan membantu anak kita...
kat umah..byk main tenet nanti..
huhuhu ni aku bercakap psl skola sbb aku dah banyak kali tuka skola... anak xde g huhuhu sori ye tt..
aku skola biasa je ms skola rendah...
result upsr bgus aku dpt msok skolah ibrahim ms form 1... tp sbb xnak duk asrama bila bpk aku kne trANsfer aku xnk stay skola lama dan berhijrah la aku kt skola besa je..
luar bandar lak tu, skali ngan org2 asli.. ms tu dah form 2... msuk form 3 pas pmr pastu msuk teknik sekejap dan leh sbb result pmr mantap aku dpt mrsm.. pas setahun kt mrsm aku kluar balik dan masuk skola lama aku ms form 2 dlu...
sbbnya? aku mmg xbleh blah ngan kawan2 aku kt mrsm dlu, xtau la mungkin tempat lain x sama, tp mrsm aku tu kawan2 die mmg sgt pentingkan diri, sama mcm waktu aku skola ibrahim dlu... igt bdk pndai2 ni perangai sume sama naik bgus ke.. x semestinya... kawan2 aku bdk2 org asli tu lagi baik hati walaupun dorg x pndai...
famili2 aku sepupu2 mak sedara semua kutuk mak aku sbb benarkan aku kluar mrsm dlu, alasan sbb skola bagus, msok balik skola luar bandar tu msti aku xbleh cemerlang , pdhl aku dpt 8a pmr dulu pun dari skolah tu jgk... wpun x duduk asrama penuh cam dorg..
kesimpulannya aku rs mana2 skola pun sama je asalkan org yg nak belajar tu ade rasa nak belajar... mak bapak pun kdg2 nak anak msuk skolah yg terbaik the best tp yg nak alami persekitaran dlm skolah tu anak2, so kalau dorg x suka dkt satu2 skola tu wpun beprestij mana pun, x pyhla duk paksa2...
kalau x nnt jd cam sepupu aku yg mak bapak die paksa masuk tahfiz tp jiwa dia x suka bila msuk sana asyik fly melawan cikgu suma... bila antar masuk skolah biasa balik baru jd mcm org x byk mslh sbb dia suka... adik dia plak minat belajar2 agama dan x ske blajar skolah biasa sbb nak kne blajar englih ni so bile die msuk skolah agama die pun berjaya...
budaya belajar pelajar disana akan membantu anak kita...
kat umah..byk main tenet nanti..
huhuhu ni aku bercakap psl skola sbb aku dah banyak kali tuka skola... anak xde g huhuhu sori ye tt..
aku skola biasa je ms skola rendah...
result upsr bgus aku dpt msok skolah ibrahim ms form 1... tp sbb xnak duk asrama bila bpk aku kne trANsfer aku xnk stay skola lama dan berhijrah la aku kt skola besa je..
luar bandar lak tu, skali ngan org2 asli.. ms tu dah form 2... msuk form 3 pas pmr pastu msuk teknik sekejap dan leh sbb result pmr mantap aku dpt mrsm.. pas setahun kt mrsm aku kluar balik dan masuk skola lama aku ms form 2 dlu...
sbbnya? aku mmg xbleh blah ngan kawan2 aku kt mrsm dlu, xtau la mungkin tempat lain x sama, tp mrsm aku tu kawan2 die mmg sgt pentingkan diri, sama mcm waktu aku skola ibrahim dlu... igt bdk pndai2 ni perangai sume sama naik bgus ke.. x semestinya... kawan2 aku bdk2 org asli tu lagi baik hati walaupun dorg x pndai...
famili2 aku sepupu2 mak sedara semua kutuk mak aku sbb benarkan aku kluar mrsm dlu, alasan sbb skola bagus, msok balik skola luar bandar tu msti aku xbleh cemerlang , pdhl aku dpt 8a pmr dulu pun dari skolah tu jgk... wpun x duduk asrama penuh cam dorg..
kesimpulannya aku rs mana2 skola pun sama je asalkan org yg nak belajar tu ade rasa nak belajar... mak bapak pun kdg2 nak anak msuk skolah yg terbaik the best tp yg nak alami persekitaran dlm skolah tu anak2, so kalau dorg x suka dkt satu2 skola tu wpun beprestij mana pun, x pyhla duk paksa2...
kalau x nnt jd cam sepupu aku yg mak bapak die paksa masuk tahfiz tp jiwa dia x suka bila msuk sana asyik fly melawan cikgu suma... bila antar masuk skolah biasa balik baru jd mcm org x byk mslh sbb dia suka... adik dia plak minat belajar2 agama dan x ske blajar skolah biasa sbb nak kne blajar englih ni so bile die msuk skolah agama die pun berjaya...
sblm nak tetapkan mn2 tempat blajar anak2 tu kenal dulu minat dan potensi diri dia... mcm aku dlu mak aku nak sgt aku sambung ambik bidang sains ambik farmacy sume tp dh haku mmg x minat, msuk foundation xbleh ikut.. pastu aku sambung ambik bisnes tiap2 sem aku dpt dean dan mak aku pun dah mula memahami dan x kesah aku nk blajar kt mn di mana dn mcm mn pun asalkan aku minat..
Inilah serba sedikit coretan saya tentang pro dan kontra menghantar anak ke asrama selepas UPSR. Terpulang kepada ibu bapa yang punya anak cemerlang, mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anak2 mereka. Tulisan saya mungkin pro kepada tidak menghantar anak ke asrama keranna saya sendiri memilih untuk tidak menghantar anak seawal 13 tahun ke asrama.Tetapi ini tidak adil untuk menganggap orang lain pun berpendapat sama seperti saya.
Kalau dapat kawan-kawan yang ada pengalaman boleh le share di sini.
Harap ibu bapa yang ada pengalaman dalam hal ini boleh share di sini.
ReplyDeleteAnk saye enggan masuk ke asrama tapi sye memaksanya..
ReplyDeleteDie slalu menelefon utk kluar ke asrama..
Selepas 1 bulan die kerqp sakit hampir setiap minggu..
Saye x tau nak bwat ape lgi dah..
Apa yang puan buat sekarang.jeluarkan ank dari asrana ke?
DeleteKalau boleh jgn oakaa anak,. Saya plak terbalik... Sy xnk anak ke asrama tp anak plak beriya nak ke asrama.... Huhu... Sudahnya hantar lah ke asrama... :(
ReplyDeleteSituasi sna sy skrg ni..rsa brt hati nk bg asrama sbb kcik lg..tp ank pompuan ni beriya nk rsa duk asrama ktanya.pening kpala ni..😣
DeleteKalau boleh jgn oakaa anak,. Saya plak terbalik... Sy xnk anak ke asrama tp anak plak beriya nak ke asrama.... Huhu... Sudahnya hantar lah ke asrama... :(
ReplyDeleteJika anak saya x mahu masuk asrama mrsm jb program igcse macam mana.tolong beri nasihat
ReplyDelete