Apabila berlakunya masalah jangkitan atau serangan Malware terhadap
sesebuah komputer, sudah tentulah ia perlu dipulihkan kembali dengan
memelihara keselamatan dan keadaan data yang ada di dalamnya.
Namun begitu, ada beberapa cara yang baik dalam mengendalikan masalah ini supaya proses baik pulih akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Berikut adalah cara-cara yang boleh diguna pakai dalam mengendalikan masalah ini.
1. Kenal pasti tahap ancaman Malware tersebut sama ada ia dikategorikan sebagai ancaman pada tahap rendah, sederhana atau tinggi.
Pada tahap ancaman yang rendah, kesan
buruknya adalah jelas tetapi mudah untuk dibersihkan. Pada tahap ancaman
yang sederhana, kesan buruknya juga adalah jelas tetapi memerlukan
usaha yang lebih untuk membersihkannya.
Pada tahap ancaman tinggi, kesannya agak
sukar untuk dilihat atau dikesan tetapi ia akan mencuri data yang
terdapat dalam komputer tersebut.
Jadi, fokus haruslah diberikan kepada tanda-tanda ancaman Malware tersebut dan bagaimana langkah yang seterusnya perlu diambil untuk menanganinya.
2. Lakukan analisis terhadap fail-fail
log bagi kesemua perisian keselamatan yang ada seperti Firewall,
antivirus dan sebagainya.
Ini adalah untuk melihat sama ada berlaku perkaitan masalah Malware sedia ada dengan masalah-masalah Malware yang lepas.
3. Buat soal selidik kepada pengguna
komputer tersebut atau kepada diri sendiri berkenaan dengan
aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan terhadap komputer tersebut
sebelum terjadinya masalah jangkitan Malware ini.
Sila catit kesemuanya jika perlu. Ini penting untuk melihat perkaitannya dengan masalahMalware yang dihadapi. Boleh juga melihat fail log komputer sekiranya ada.
4. Laksanakan baik pulih komputer yang
dijangkiti dengan program-program tertentu dan sekiranya tidak boleh
mencapainya, gunakanlah media lain seperti pemacu storan USB, CD, disket
atau DVD.
Antara program komputer yang penting untuk buat baik pulih ini adalah seperti USB Dummy Protect (fungsi write protect), Super Anti-Spyware (Buang Malware) Malware Bytes AntiMalware(Buang Malware), SysInternals (Masalah Malware), EXEFIX_XP (Pulihkan masalah fail .exe dan shortcut), Sophos Rootkit Revealer (Masalah Malware), aswMBR (Masalah Malware), Kaspersky Rescue CD (Pakej lengkap untuk masalah Malware) dan lain-lain tools atau program baik pulih.
Perkara yang paling penting setelah itu
adalah kemas kini perisian-perisian yang sedia ada dalam komputer itu
termasuk sistem pengoperasian.
5. Buat pengrekodan terhadap semua
dapatan yang telah diperolehi sama ada ia datang daripada soal selidik
atau perlarian program komputer seperti masalah virus atau Malware, masalah vulnerability atau kelemahan pada sistem komputer, risiko-risiko yang berpotensi berlaku, perimeter-perimeter ancaman dan lain-lain.
Bagi melengkapkan pengrekodan ini, boleh rujuk kepada buku-buku panduan atau laman-laman web keselamatan seperti Microsoft Malware Protection Center, McAfee Threat Intelligence dan lain-lain. Biasanya laman web perisian anti virus yang utama ada menyediakan maklumat-maklumat ini.
6. Akhir sekali, bolehlah dirangkakan
atau membuat tambahan kepada panduan keselamatan dan polisi keselamatan
terhadap penggunaan komputer bagi mencegah berlakunya masalah jangkitan Malware ini sekali lagi di masa hadapan. Ini dapat mendidik sesiapa sahaja untuk penggunaan komputer yang selamat dan betul.
Proses pencegahan perlu dibuat tetapi ia tidak dapat menghalang secara total masalah jangkitan Malware ini.
Perkara yang penting adalah persediaan perlu ada untuk menangani
masalah ini dan ia perlu dikongsi untuk pertahanan di masa akan datang.
Berlakunya masalah ini membolehkan
beberapa kajian dapat dibuat terhadap tahap rangka keselamatan digital
sedia ada dengan membuat profil risiko-risiko jangkaan, menganaliasa
fail-fail log, kecerdikan sistem dalam menangani ancaman dan lain-lain.
Sumber: bharian
No comments:
Post a Comment