Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Showing posts with label PENDIDIKAN ISLAM. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN ISLAM. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

ASAL USUL KEJADIAN NABI ADAM A.S

Sepanjang sejarah makhluk yang bernama manusia dimuka bumi dengan segala kisahnya, ternyata masih banyak menjadi misteri.
Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama dimuka bumi, menyimpan 1001 kisah di sebaliknya.
Catatan ini cuba menyingkap misteri tentang penciptaan Nabi Adam a.s.

Al kisah sebelum terciptanya Adam, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril untuk mengunjungi bumi dalam rangka mengambil tanah sebagai bahan menciptakan Adam.


Namun ketika dibumi, bumi menolak untuk diambil tanahnya sebab bumi khuatir nanti manusia akan melakukan perbuatan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.

Setelah itu, Jibril pun kembali dan melapor tentang penolakan bumi pada Allah S.W.T.

Allah memerintahkan Malaikat Mikail untuk turun tdengan tujuan yang sana.


Seperti sebelumnya,bumi menolak lagi, dan Mikail melaporkan tentang penolakan tersebut kepada Allah S.W.T.

 
Selanjutnya Allah memerintahkan Malaikat Izra’il turun  pula ke bumi,
Allah SWT berkata kepada Izra’il:
“ Engkau, AKU tugaskan mengambil tanah, meskipun bumi bersumpah menolak, janganlah engkau mundur. Kerjakan perintah-KU dan atas nama-KU”.

Malaikat Izra’il pun turun ke bumi dan berkata:

“ Hai bumi, ketahuilah bahawa kedatanganku ke sini atas perintah Allah dan atas nama Allah, jika engkau membantah perintah Allah tentunya engkau akan menjadi makhluk yang derhaka pada Allah”.


Mendengar perkataan Izrai’il maka bumi pun akhirnya terpaksa beralah, dan Izra’il akhirnya mengambil beberapa jenis tanah.

Selanjutnya Ia kembali kepada Allah.

Menyambut kedatangan Izra’il Allah berkata:

“Ya Izra’il, pertama engkau yang aku tugaskan mengambil tanah, kelak engkaulah yang akan mencabut nyawa manusia”.

Mendengar hal ini Izra’il menjadi bimbang

“ Jika demikian, maka hamba akan dibenci oleh anak cucu Adam karena pekerjaan ini”.

Allah Berkata ;

“ Tidak mereka tidak akan memusuhi engkau, AKU nanti yang mengaturnya.
Akan aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka.
Mungkin karena terbunuh atau terbakar,menderita penyakit, dan sebagainya”.


Dan Menurut Ibnu Abbas ada beberapa spesifikasi tanah yang digunakan untuk membuat manusia (Adam) sebagai berikut:


• Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis : tempat otak dan  akal manusia

• Telinga Adam dari tanah bukit Tursina: kerana ia menjadi alat pendengar
• Dahi Adam dari tanah Iraq: kerana ianya tempat bersujud pada Allah
• Muka Adam dari tanah Aden: kerana ianya menjadi tempat berhias dan kecantikkan
• Gigi Adam dari tanah telaga Al Kautsar: tempat untuk manis-manis
• Tangan kanan Adam dari tanah Ka’bah: untuk mencari nafkah dan bekerja
• Tangan kiri Adam dari tanah Paris: untuk bersuci  (istinjak).
• Kemaluan Adam dari tanah Babylonia: tempat berahi dan tipu daya syaitan untuk membawa manusia ke arah melakukan dosa.
• Hati Adam dari tanah syurga Firdaus: sebagai tempat iman, keyakinan, dan ilmu
• Lidah Adam dari tanah Tha’if: tempat untuk mengucap kalimat syahadat dan berdoa.

Bagaimanakah prosesnya? :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir,angin,api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan : yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.


Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.


Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untul memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke  kiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.


Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata: Yarkham kumullah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamkumullah".


Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud : 
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian elok dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.


Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Wallahua'lam.......
Sekadar perkongsian ilmu dari umisaiber! 

Saturday, November 26, 2011

DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH, SELAMAT TAHUN BARU!

sedar tak sedar dah nak akhir tahun dah...dalam tahun Islam, 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada hari Sabtu nie, 26 November 2011. Maksudnya hari Ahad 27 November 2011 merupakan Hari pertama Tahun baru iaitu 1 Muharram 1433H [awal Muharram]


Selamat Tahun baru...oh ya, untuk itu jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun 1433H seperti tertera kat bawah itu ok. hal ini kerana, kalau kita baca kedua-dua doa tersebut, InsyaAllah kita akan dilindungi daripada tipu daya syaitan dan dosa setahun yang lalu diampunkan Allah S.W.T., InsyaAllah. take note tau!


untuk Doa Akhir tahun 1432H, kawan-kawan perlu baca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar iaitu sebelum masuknya waktu Magrib pada 30 Zulhijjah 1432H (hari sabtu tu).


Untuk Doa Awal Tahun pula, kawan-kawan perlu baca sebayak 3 kali selepas waktu Magrib pada malam 1 Muharram 1433H.

Diriwayatkan "Barang siapa yang membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada 1 muharam, Allah S.W.T. akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripadafitnah dan tipu daya syaitan selama satu tahun yang mendatang."

Friday, November 18, 2011

SOALAN SPOT TAMBAHAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2011

SOALAN SPOT:

1)Sebutkan 3 kumpulan ajaran sesat di Malaysia selain Qadyani, Taslim dan Bahai? :
Jawapan:1. Ayah Pin 2. Haji Kahar 3. Hassan Anak Rimau

2)Solat dengan niat. Amalan ibadat sesat ini diamalkan oleh kumpulan ........................
Jawapan: Taslim

3.Akidah bermaksud .................................
Jawapan: Pegangan

4)Tiga kesan buruk ajaran sesat kepada individu?
Jawapan:
1. Membuang masa dengan amalan tidak berfaedah
2. Terabai tanggungjawab terhadap keluarga
3. Minda tertutup  
5)Siapakah pengasas ajaran sesat Taslim?
Jawapan: Muhammad bin Shafie (Haji Muhammad Matahari)

6)Kiblat di Acre merupakan ciri kumpulan ........................
Jawapan: Bahai
7)Kitab ............................  merupakan kitab suci ajaran Bahai.
Jawapan: al-Bayan
8)Kitab ............................ merupakan kitab suci ajaran Qadyani.
Jawapan: Tazkirah

9)Kumpulan ............................ mengubah bentuk ibadat seperti puasa 19 hari.
Jawapan: Bahai
10).................. merupakan kumpulan yang bercita-cita menjadikan Saidina Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW
Jawapan: Syiah
11)Alam ini bersifat baqa (berkekalan tanpa kiamat) merupakan asas pegangan kumpulan ............................ dan .........................................
Jawapan: Bahai dan Qadyani
12)Syiah terbahagi kepada tiga sebutkan.
Jawapan: 1. Imam Dua Belas 2. Zaidiyah 3. Batiniah

13)Nikah batin diamalkan oleh kumpulan ajaran sesat?
Jawapan: Taslim
14).................... orang yang keluar dari agama Islam.
Jawapan: Murtad
15)Tiga kesan buruk ajaran sesat kepada masyarakat?
Jawapan:
1. Keruntuhan institusi kekeluargaan seperti penceraian
2. Perpaduan dan keharmonian negara tergugat
3. Berlaku keganasan oleh pengikut ajaran sesat
15)Syiah Batiniah antaran kumpulan syiah yang radikal dan paling  .......................
Jawapan: sesat
17)............................... ulama solehin yang hidup sebelum kurun ke tiga hijrah iaitu para sahabat, tab’in,  dan atba atbi’in.
Jawapan: Salaful al-Saleh

18)Di mana asalnya Taslim?
Jawapan: Kg Seronok Bayan Lepas, Pulau Pinang.

19)Pengasasnya Imam Mahdi, Nabi dan Jelmaan Tuhan Krisnan. Merujuk kepada kumpulan ............
Jawapan: Qadyani

20)Imam boleh bertambang dan boleh berkurang. Pegangan ini diamalkan dalam kumpulan mana?
Jawapan: Ahli Sunnah Wal Jamaah