KULIM
– Sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di kawasan bangunan
tinggal di Bukit Putera menarik perhatian polis dari Cawangan Pencegahan
Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berikutan berada dalam keadaan yang
mencurigakan, kira-kira jam 3 petang semalam.
Hasil intipan yang dilakukan, polis mendapati pasangan remaja sedang berpelukan di dalam kereta berkenaan.
Polis kemudiannya memaklumkan kepada Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk tindakan selanjutnya.
Dari pemeriksaan dibuat, PADK mendapati pasangan perempuan masih
bersekolah serta memakai pakaian kokurikulum manakala pasangan lelaki
berusia 20 tahun bekerja di sebuah kilang automotif di Karangan.
Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, ketika soal siasat
dijalankan pasangan perempuan menangis dan tidak mahu bekerjasama.
“Bagaimanapun setelah dinasihatkan, kedua-dua mereka akur dengan kesalahan yang dilakukan.
“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan,” katanya.
Menurutnya, masalah remaja terlibat dalam maksiat semakin menjadi-jadi.
“Perkara ini sangat serius. Jika tidak dibendung dari awal, maka rosaklah anak-anak muda kita.
“Bagaimana sekali pun kes yang melibatkan anak-anak ini, ibu bapalah pihak yang pertama perlu bertanggungjawab.
“Anak-anak adalah anugerah ALLAH, maka pikullah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya,” katanya.
“Anak-anak adalah anugerah ALLAH, maka pikullah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya,” katanya.
No comments:
Post a Comment