Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Monday, November 7, 2011

IBU KEMBAR AHMAD & MUHAMMAD MENINGGAL DUNIA, AL FAATIHAH!

 
Takziah kepada kepada keluarga kembar Siam Malaysia iaitu Ahmad Dan Muhammad kerana baru saja kehilangan Bonda tersayang mereka , Asiah Kanda yang meninggal dunia kerana Barah Payudara..


Petikan dari akhbar berkaitan tajuk di atas:
Ibu kepada pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.
Asiah Kanda, 35 tahun meninggal dunia akibat barah payudara.
Asiah meninggal dunia jam empat pagi tadi.
Allahyarham menghidap penyakit barah payudara sejak awal tahun ini.
Allahyarham meninggalkan suami, Rosli Abdul Rahim, 40 tahun dan lima anak termasuk Ahmad dan Muhammad yang kini berusia 13 tahun.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor selepas solat Zohor.
Kisah pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhamad mendapat perhatian umum apabila kejayaan pembedahan pemisahan kembar itu di Hospital King Fahd Guard, Riyadh, Arab Saudi pada september 2002, mendapat liputan meluas.

Teringat lagi semasa kembar arwah dalam situasi kritikal dalam proses pemisahan, ibu ini selalu kelihatan tabah, dan dalam keadaan sakit pun beliau tetap kelihatan tabah.....semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman, amiin....

No comments:

Post a Comment