Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Thursday, November 17, 2011

GAMBAR POPE BENEDICT XV1 BERCIUM DENGAN IMAM MASJID AL AHZAR DIKECAM

Melampau betul le dia orang ni, kau nak iklan produk korang pun, jaga la sama sensitiviti agama lain. Bikin gempak tak kena cara...buat orang menyampah,langsunh produk korang kena boikot! Jom kita pakat jgn beli produk jenama Benetton ni.......

CETUS MARAH...antara imej dimanipulasi (dari atas kiri), Obama bersama Chavez, Angela dan Sarkozy, Ahmed dan Benedict serta Hu dan Obama.



ROME: Vatican semalam mengeluarkan kecaman terhadap kempen global syarikat pakaian Benetton kerana turut memaparkan imej Pope Benedict XVI bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb.
“Kita mesti menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penggunaan melampau imej ketua paderi yang dimanipulasi dan dieksploit secara terbuka demi memenuhi kehendak kempen komersial,” kata kenyataan itu dibuat jurucakap Vatican, Federico Lombardi.
Menurut Lombardi, kempen komersial berkenaan menunjukkan rasa tidak hormat syarikat terbabit kepada pemimpin tertinggi Kristian serta menghina perasaan penganut agama itu.
Katanya, ia menunjukkan bagaimana sesuatu publisiti boleh dibuat secara provokatif tanpa menghormati orang lain yang menjadi peraturan asas demi menarik perhatian awam.
“Vatican mengkaji apa langkah sewajarnya perlu diambil bagi menjamin pembelaan adil terhadap imej Pope,” katanya.

Melalui iklan itu, Benedict dipaparkan berkucupan dengan Ahmed – seorang imam di Kaherah, Mesir, serta pemimpin Sunnah disegani.

No comments:

Post a Comment