Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Showing posts with label KOMPUTER. Show all posts
Showing posts with label KOMPUTER. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

CARA MELETAK PASSWORD PADA MOZILLA FIREFOX, GOOGLE CHROME & INTERNET EXPLORER

SECARA umumnya kebanyakan pelayar web seperti Mozilla Firefox tidak mempunyai fungsi yang membolehkan kata laluan dikonfigurasikan untuk penggunaannya. Namun begitu terdapat cara yang boleh digunakan untuk membolehkan sesebuah pelayar web itu mempunyai kata laluan.

Kebanyakan pengguna memerlukan kata laluan tersebut untuk mengawal penggunaan pelayar web dalam melayari Internet. Ia juga digunakan untuk menjaga kerahsiaan privacy dalam penggunaan sesebuah program pelayar web tersebut. Dengan adanya kata laluan penggunaannya terkawal dan rahsia.
Bagi membolehkan sesebuah pelayar web mempunyai fungsi kata laluan, ia memerlukan pemasangan program komputer tertentu kepada pelayar web tersebut yang di kenali sebagai add on program. Di sini akan saya bincangkan beberapa pelayar web utama yang popular digunakan.
Bagi pelayar web Mozilla Firefox, boleh dipasang kepadanya program tambahan Master Password+. Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/master-password/.
Bagi pelayar web Google Chrome pula, boleh dipasang kepadanya program tambahan Simple Startup Password.
Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://chrome.google.com/webstore/detail/ojoalkffommhmdmbohjphohoejjmgepc.
Mungkin ada program tambahan lain yang boleh digunakan untuk fungsi kata laluan seperti Internet Lock dan lain-lain. Cara yang sama juga bagi program-program pelayar web yang lain.
Bagi pelayar web Internet Explorer pula, ia boleh dikonfigurasikan dengan kata laluan dengan pergi ke Tools > Internet Option > Content > Content Advisor > General. Seterusnya pergi ke ruangan Supervisor Password dan klik butang create. Seterusnya masukan kata laluan yang dikehendaki dan klik OK.
Sekiranya sesebuah komputer digunakan dalam persekitaran rangkaian dan Windows, boleh digunakan program untuk polisi komputer seperti Group Policy untuk mengawal penggunaan sesebuah pelayar web dengan menggunakan kata laluan.
Sumber: bharian

KOMPUTER DISERANG MALWARE, APA YANG PERLU DILAKUKAN?

 
Apabila berlakunya masalah jangkitan atau serangan Malware terhadap sesebuah komputer, sudah tentulah ia perlu dipulihkan kembali dengan memelihara keselamatan dan keadaan data yang ada di dalamnya.





Namun begitu, ada beberapa cara yang baik dalam mengendalikan masalah ini supaya proses baik pulih akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Berikut adalah cara-cara yang boleh diguna pakai dalam mengendalikan masalah ini.
1. Kenal pasti tahap ancaman Malware tersebut sama ada ia dikategorikan sebagai ancaman pada tahap rendah, sederhana atau tinggi.
Pada tahap ancaman yang rendah, kesan buruknya adalah jelas tetapi mudah untuk dibersihkan. Pada tahap ancaman yang sederhana, kesan buruknya juga adalah jelas tetapi memerlukan usaha yang lebih untuk membersihkannya.
Pada tahap ancaman tinggi, kesannya agak sukar untuk dilihat atau dikesan tetapi ia akan mencuri data yang terdapat dalam komputer tersebut.
Jadi, fokus haruslah diberikan kepada tanda-tanda ancaman Malware tersebut dan bagaimana langkah yang seterusnya perlu diambil untuk menanganinya.
2. Lakukan analisis terhadap fail-fail log bagi kesemua perisian keselamatan yang ada seperti Firewall, antivirus dan sebagainya.
Ini adalah untuk melihat sama ada berlaku perkaitan masalah Malware sedia ada dengan masalah-masalah Malware yang lepas.
3. Buat soal selidik kepada pengguna komputer tersebut atau kepada diri sendiri berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan terhadap komputer tersebut sebelum terjadinya masalah jangkitan Malware ini.
Sila catit kesemuanya jika perlu. Ini penting untuk melihat perkaitannya dengan masalahMalware yang dihadapi. Boleh juga melihat fail log komputer sekiranya ada.
4. Laksanakan baik pulih komputer yang dijangkiti dengan program-program tertentu dan sekiranya tidak boleh mencapainya, gunakanlah media lain seperti pemacu storan USB, CD, disket atau DVD.
Antara program komputer yang penting untuk buat baik pulih ini adalah seperti USB Dummy Protect (fungsi write protect), Super Anti-Spyware (Buang Malware) Malware Bytes AntiMalware(Buang Malware), SysInternals (Masalah Malware), EXEFIX_XP (Pulihkan masalah fail .exe dan shortcut), Sophos Rootkit Revealer (Masalah Malware), aswMBR (Masalah Malware), Kaspersky Rescue CD (Pakej lengkap untuk masalah Malware) dan lain-lain tools atau program baik pulih.


Perkara yang paling penting setelah itu adalah kemas kini perisian-perisian yang sedia ada dalam komputer itu termasuk sistem pengoperasian.
5. Buat pengrekodan terhadap semua dapatan yang telah diperolehi sama ada ia datang daripada soal selidik atau perlarian program komputer seperti masalah virus atau Malware, masalah vulnerability atau kelemahan pada sistem komputer, risiko-risiko yang berpotensi berlaku, perimeter-perimeter ancaman dan lain-lain.
Bagi melengkapkan pengrekodan ini, boleh rujuk kepada buku-buku panduan atau laman-laman web keselamatan seperti Microsoft Malware Protection CenterMcAfee Threat Intelligence dan lain-lain. Biasanya laman web perisian anti virus yang utama ada menyediakan maklumat-maklumat ini.
6. Akhir sekali, bolehlah dirangkakan atau membuat tambahan kepada panduan keselamatan dan polisi keselamatan terhadap penggunaan komputer bagi mencegah berlakunya masalah jangkitan Malware ini sekali lagi di masa hadapan. Ini dapat mendidik sesiapa sahaja untuk penggunaan komputer yang selamat dan betul.
Proses pencegahan perlu dibuat tetapi ia tidak dapat menghalang secara total masalah jangkitan Malware ini. Perkara yang penting adalah persediaan perlu ada untuk menangani masalah ini dan ia perlu dikongsi untuk pertahanan di masa akan datang.
Berlakunya masalah ini membolehkan beberapa kajian dapat dibuat terhadap tahap rangka keselamatan digital sedia ada dengan membuat profil risiko-risiko jangkaan, menganaliasa fail-fail log, kecerdikan sistem dalam menangani ancaman dan lain-lain.
Sumber: bharian

Friday, October 14, 2011

MAKSUD "I" DALAM PRODUK APPLE

Diperkenalkan pada tahun 1998, Huruf ‘i’ disetiap pangkal produk keluaran Apple Inc membawa maksud internet, individual, inform (maklumat), instruct (arahan), dan inspire (inspirasi).
Produk pertama yang menggunakan awalan ‘i’ ialah iMac pada tahun 1998 selepas Steve Jobs menggabungkan kehebatan Internet dan Macintosh dalam sebuah mesin.

Sunday, October 9, 2011

CARA MENGETAHUI KETULENAN HANDPHONE KITA

Masa dok asyik membelek2 FB kawan2, terjumpa satu artikel yg menarik perhatian saya untuk dikongsikan bersama kawan2 di blog ini.Lepas ni tak boleh le toke2 handphone nak kelntong lagi kan, maklum le sekarang dah terlalu banyak handpgone underwater. Tak rela mak!


Caranya..jeng!jeng! ( saja nak bikin suspen....mesti korang marah sebab tak sabar2 nak tahu caranya kan? Ok le, tak baik buat kawan2 tertanya2...Inilah jawapannya...:
 untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
sila taip *#06#

akan keluar IMEI International Mobile Equipment Identity
semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

Contoh : 358671017470473
Kedudukan ke 7 dan 8 pada nombor siri di atas ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA
Selamat mencuba..kalau tak jadi jangan marah kat umisaiber ye!
 
 




Friday, October 7, 2011

KEHILANGAN BESAR DUNIA ICT

Terkini !! Pengasas  Apple Steve Jobs meninggal dunia  | Pengasas Apple meninggal dunia
Pengasas Apple meninggal dunia:  Apple dalam satu kenyataan ringkas hari ini mengumumkan Jobs meninggal dunia pada umur 56 tahun . Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs bergelut dengan penyakit kanser sejak 2004.
Kematian pengasas Apple, Steve Jobs akan memberi kesan kepada dunia untuk tempoh yang lama, kata pengasas Microsoft, Bill Gates.
Beliau menyifatkan kematian Steve Jobs hari ini sebagai satu kehilangan yang menyedihkan dan menyifatkan persahabatan antara mereka sebagai penghormatan yang tiada ternilai.
“Steve jobs dan saya kali pertama bertemu hampir 3 lalu dan sehingga itu menjadi sahabat baik, rakan pesaing hampir separuh daripada hidup kami,” katanya.“Dunia jarang mempunyai seseorang yang mempunyai kesan yang besar seperti yang dimilik Steve jobs , kesan yang akan dirasai berzaman lamanya,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP