BELUT yang memasuki pundi air kencing Zhang Nan dan telah mati. |
Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi
saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan
kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang
dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun.
Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini.
Namun,
selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk.“Saya
terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu,”
katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah
Hubei.
Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya.
Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan
kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika
dijumpai doktor.
Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin. – Agensi
No comments:
Post a Comment