SECARA
umumnya kebanyakan pelayar web seperti Mozilla Firefox tidak mempunyai
fungsi yang membolehkan kata laluan dikonfigurasikan untuk
penggunaannya. Namun begitu terdapat cara yang boleh digunakan untuk
membolehkan sesebuah pelayar web itu mempunyai kata laluan.
Kebanyakan pengguna memerlukan kata laluan tersebut untuk mengawal penggunaan pelayar web dalam melayari Internet. Ia juga digunakan untuk menjaga kerahsiaan privacy dalam penggunaan sesebuah program pelayar web tersebut. Dengan adanya kata laluan penggunaannya terkawal dan rahsia.
Bagi membolehkan sesebuah pelayar web
mempunyai fungsi kata laluan, ia memerlukan pemasangan program komputer
tertentu kepada pelayar web tersebut yang di kenali sebagai add on
program. Di sini akan saya bincangkan beberapa pelayar web utama yang
popular digunakan.
Bagi pelayar web Mozilla Firefox, boleh
dipasang kepadanya program tambahan Master Password+. Ia boleh dimuat
turun di alamat URL, https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/master-password/.
Bagi pelayar web Google Chrome pula, boleh dipasang kepadanya program tambahan Simple Startup Password.
Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://chrome.google.com/webstore/detail/ojoalkffommhmdmbohjphohoejjmgepc.
Mungkin ada program tambahan lain yang
boleh digunakan untuk fungsi kata laluan seperti Internet Lock dan
lain-lain. Cara yang sama juga bagi program-program pelayar web yang
lain.
Bagi pelayar web Internet Explorer pula, ia boleh dikonfigurasikan dengan kata laluan dengan pergi ke Tools > Internet Option > Content > Content Advisor > General. Seterusnya
pergi ke ruangan Supervisor Password dan klik butang create. Seterusnya
masukan kata laluan yang dikehendaki dan klik OK.
Sekiranya sesebuah komputer digunakan
dalam persekitaran rangkaian dan Windows, boleh digunakan program untuk
polisi komputer seperti Group Policy untuk mengawal penggunaan sesebuah
pelayar web dengan menggunakan kata laluan.
Sumber: bharian
No comments:
Post a Comment