Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

ISU WANITA


Isteri ingin dimadu bagaikan madu



Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, “Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan”. Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.
Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.
Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.
Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.
Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.
 


CARILAH CINTA YANG HILANG
Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita temui semula cinta itu di tempat, pada suasana dan pada masa ketika kita mula-mula menemuinya dulu. Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya? Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah?
“Kembalilah ke sana. Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap dunia tanpa cinta. Renungilah mata isteri atau suamimu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau sudah tiada? Dan kemudian genggam erat tangannya. Marilah kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama.” Begitulah petikan bahasa cinta daripada karangan ustaz Pahrol Mohamad Juoi berjudul Cinta Yang Hilang…
Meskipun barangkali mudah untuk berkata-kata bagi memujuk hati insan yang lara, hanya mereka yang melalui alam rumah tangga tahu pahit manis hidup bersuami isteri.
Apapun, ungkapan cinta curahan rasa ustaz Pahrol itu boleh direnung dan difikirkan. Hati yang tidak memiliki cinta akan layu dan mati. Pun begitu, sukarnya untuk mencari cinta sejati yang boleh dibawa sehingga ke mati.

HANGATKAN KEMBALI CINTA YANG SURAM
Segelintir pasangan mungkin lupa untuk membangkitkan rasa cinta yang sudah lama pudar apabila sudah bertahun-tahun mendirikan kebahagiaan.
Ada pula pasangan yang sudah lama mendirikan mahligai, tetapi sering tampil seolah-olah baru saja berkahwin.
Menghargai pasangan sama ada isteri atau suami tidak semestinya memerlukan hadiah yang besar untuk menzahirkan kasih sayang. Cukup sekadar kata-kata manis atau sentiasa senyum biarpun diuji dengan kerenah pasangan yang sering membuat anda makan hati.
Cinta
Berikut petua yang mungkin boleh dijadikan renungan pasangan untuk mengeratkan bahtera perkahwinan. Semoga panduan itu mampu menjadi titik mula yang baru buat anda berdua.
* Duduk bersendirian dan kosongkan fikiran. Cuba kenang semula perasaan pertama dan istimewa yang anda alami ketika awal percintaan dengan pasangan.
Jangan pula terkenangkan bekas kekasih yang sudah tidak memberi sebarang makna. Sekiranya anda masih mengenangnya, bermakna anda cuba mencari masalah.
* Wujudkan perasaan yang sama terutama jika kini anda berada bersama pasangan. Cuba renungkan orang yang sentiasa di hati sehingga si dia rasa pelik dan kurang selesa. Bercakap dengan pasangan dengan penuh romantis dan bisikkan selalu yang anda amat menyenanginya.
Sekiranya pasangan sibuk dan ketika dihubungi dia tidak angkat telefon, tinggalkan pesanan romantik di pesanan suara telefon.
Tidak pun, ambil kertas tulislah sesuatu yang romantik untuknya. Pasti dia akan terkejut dan bangga.
* Carilah masa untuk anda dan pasangan berdua-duaan. Ketika itu jangan bawa anak atau rakan untuk menemani.
Apabila berdua-duaan, ia memudahkan perasaan berkasih sayang antara anda dan pasangan.
Untuk pasangan yang ada anak kecil, jangan jadikan ia sebagai alasan kerana. Minta bantuan pengasuh untuk menjaga anak beberapa jam saja.
Mulakan dengan mengajak pasangan membeli barangan rumah dan laksanakan teknik secara semula jadi. Pasangan anda mungkin tertanya-tanya tetapi apa yang penting, anda berdua bahagia.
* Buat kejutan sekali sekala tetapi jangan buat kejutan negatif yang boleh memudaratkan.
Mungkin anda boleh membeli hadiah kecil tetapi ringkas dan menarik. Jika pasangan tidak tahu menghargai dan masih merungut, biarkan saja dan terus mengkaji isi hati pasangan yang boleh membuatkan dia tersentuh hati dengan penghargaan anda.
Niat yang baik selalunya akan berjaya juga akhirnya.
* Latih diri dan perasaan untuk memandang perkara yang baik mengenai pasangan terutama perkara yang membuatkan anda jatuh cinta padanya buat pertama kali dulu.
Sekurang-kurangnya, cari tiga hingga lima perkara baik pasangan. Kemudian, cuba wujudkan perasaan bangga kerana menjadi suami atau isteri buat pasangan yang istimewa itu. Itu antara cara yang membuatkan anda dan pasangan sentiasa saling menghargai.
Apabila berbual dengan rakan atau saudara mara, selitkan puji-pujian buat pasangan. Jika ada yang memuji pasangan, anda harus menyokong dan mengakui kebenarannya. Ini membuatkan anda lebih sayangkan pasangan dan menyebabkan orang luar memandang tinggi dengan perhubungan anda.
* Tidur dan bangun pagi antara saat paling bermakna dalam hidup masing-masing apatah lagi mereka yang sudah berumah tangga.
Akhiri hari anda dengan ciuman dan peluk pasangan anda sebelum tidur sambil memaafkan segala kesilapan yang dilakukan sebelum ini.
Apabila mula melayari alam rumah tangga, tunjukkan kasih sayang dengan kata-kata yang menghargai pasangan.
Ramai yang terlepas pandang perkara ini namun cuba amalkan, anda tentu rasa bahagia dan lega.
  

ROMANTIK SUNNAH NABI

Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari. Sikap romantik ini perlu dikekalkan sepanjang masa, walaupun pada usia perkahwinan semakin bertambah.

Gangguan anak-anak malah cucu-cucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersikap romantik bersama pasangan masing-masing.

Petua mengekalkan sifat romantik


Isteri bukan sahaja menghias keseluruhan rumah, tapi yang penting menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan. Isteri hendaklah menjaga penampilan diri di hadapan suami dengan memakai pakaian menarik dan bau-bauan yang menyenangkan.

Usah malu menggunakan ungkapan-ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti yang lazim diucapkan oleh pasangan bercinta. Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan, tanpa gangguan anak-anak. Layangkan kad ucapan mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam kehidupan berumah tangga, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas di hati. Kalau boleh dielakkan, tidak perlu melibatkan orang ketiga yakni orang luar.

Sikap romantik yang perlu dilahirkan

Ciuman mesra - Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri mencium tangan suami ketika keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat isteri dan suami meneruskan kehidupan.

Ucapan – Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan “sayang”, “I love you”, “I missed you” dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada lama atau sekejap, jauh atau dekat.

Panggilan – Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang disukai. Contohnya “ayang”, “darling”, atau apa jua panggilan manja yang amat disenangi, maka ia dapat memberi impak bermakna buat isteri.

Usik mengusik– Selalu usik mengusik dan bergurau senda. Cara sebegini boleh menjadi rencah kepada suasana lebih romantik.

Berjalan beriringan di luar rumah – Sering berlaku, di awal perkahwinan pasangan suami isteri ibarat belangkas apabila berjalan bersama. Namun, apabila usia perkahwinan meningkat, anak-anak semakin bertambah, suami isteri tidak lagi jalan beriringan, seorang di hadapan, seorang di belakang. Seeloknya jika tiada halangan, jalan berpegangan tangan dan jika melintas jalan, memegang lengan atau bahu isteri tanda melindungi.

Jauhi perkara yang boleh menyakiti atau menyinggung hati isteri – Perkara ini perlu diberi perhatian, kerana hati wanita biasanya sensitif.