Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Sunday, November 27, 2011

WAJARKAH MENGHANTAR ANAK SEAWAL USIA 13 TAHUN KE ASRAMA?

Sengaja saya timbulkan isu ini dalam suasana sekarang ada ibu bapa berada dalam dilema sama ada wajar @ tidak menghantar anak mereka ke asrama terutamanya SBP, MRSM, SMKA dan lain2 lagi sekolah yang berprestij.

Ibu bapa yang anak mereka berjaya cemerlang, mungkin tengah sibuk memikir-mikir mahu pun telah mengisi dan menghantar permohonan untuk anak ke asrama. Biasanya permintaan ke asrama melebihi penawaran. Jadi hanya meraka yang benar-benar layak akan diterima masuk. Kelayakan itu pula bergantung kepada keputusan dan pencapaian anak selain dari yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab seperti Kementerian yang bertanggungjawab dan pihak sekolah itu sendiri.

Semua ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka mendapat yang terbaik, terutama dari sisi pelajaran. Kita sedar ilmu itulah yang akan memandu pemiliknya mengemudi kehidupan berbanding harta yang hanya menagih penjagaan. Ilmu juga mampu mendatangkan harta. Ilmu itu sendiri harta yang tidak mungkin di curi kerana tersimpan di tempat yang paling selamat, iaitu di dalam dada. Oleh itu jika menginginkan dunia mahu pun isinya mestilah berilmu, jika menginginkan akhirat juga mestilah berilmu. Jika menginginkan kedua-duanya juga pastilah dengan ilmu.

Mungkin ada ibu bapa yang was-was untuk menghantar anak ke asrama sedangkan anak itu sendiri mahu sedemikian. Terdapat juga ibu bapa yang beria-ia mahu anak ke asrama sedangkan anak keras menolak. Maka wujud pertentangan kehendak atau keinginan. Saya minta jangan memandang remeh pada perkara ini. Keputusan yang betul bakal memastikan kejayaan masa depan anak tersebut

Ramai ibu bapa bertanggapan bahawa anak2 yang dihantar ke asrama dapat melahirkan anak yang bertanggungjawab, berdikari dan boleh survival tanpa bergantung sepenuhnya lagi kepada ibu bapa di samping dapat menyediakan kemudahan belajar yang kondusif kepada anak2 mereka, tetapi dalam era IT dan maklumat tanpa wayar sekarang, pelbagai unsur telah menyerap ke dalam minda anak2 kita sehinggakan kita sendiri tidak akan menyangka anak2 kita akan bertindak melampaui  batas berdasarkan didikan dan ilmu agama yang telah kita terapkan sejak kecil lagi.

Sebab itu kita sudah mula membaca di media massa kes2 disiplin melibatkan pelajar sekolah2 berasrama penuh & sekolah agama. Terfikir di benak kita mengapa pelajar yang dikurniakan akal yang cerdik dan belajar di sekolah yang mempunyai persekitaran yang baik boleh terjebak dengan masalah perilaku sepertimana pelajar2 di sekolah2 harian biasa?

Semua faktor ini menyebabkan ibu bapa mula gusar untuk menghantar anak mereka ke asrama kerana bimbang anak mereka tidak kuat untuk menahan diri dari panahan anasir2 nehatif tersebut tetapi dalam masa yang sama sayang untuk melepaskan peluang keemasan yang terbentang di depan mata di mana berpuluh-puluh ribu pelajar   berebut2 untuk mendapatkan tempat di asrama tetapi gagal mendapatkan tempat, tetapi anak kita berjaya mendapat tempat tetapi kita yang menolak peluang tersebut disebabkan unsur2 ini?

Sesetengah ibubapa mungkin merasa wajar untuk mereka tetapi mungkin juga tidak.Ada yang berpendapat umur 13 tahun masih memerlukan pemantauan rapi, masih terlalu muda untuk hidup berdikari dan tidak begitu yakin untuk melepaskan mereka.Apatah lagi jika anak itu adalah anak tunggal mesti mahu dia sentiasa berada didepan mata.

Sebenarnya asrama ini ada baik dan buruknya.
Apabila duduk di asrama, anak akan banyak bergaul dengan kawan-kawan. Terpulang kepada anak untuk memilih rakan kerana pengaruh kawan amat besar impaknya.

Sebelum menghantar anak ke asrama, kenalah tahu anak kita itu jenis yang macam mana.Jika mudah dikawal serta senang mendengar kata tidak ada masalah.Tetapi kalau anak yang ditegur sikit pun tak boleh, macam mana kita hendak lepaskan dia ke asrama.

Namun sebaik sahaja mereka tingal di asrama, ada yang berpendapat ibu bapa tidak perlu campur tangan dalam pengurusan sekolah, melainkan kalau ia melibatkan perkara yang serius. Tapi,pada masa yang sama kena juga ambil tahu perkembangan anak.Tujuan kita menghantar anak ke asrama adalah membentuk diri dan sahsiah anak.Jika sekiranya perkara kecil pun ibu bapa hendak masuk campur dan bela anak,anak akan besar kepala sekali gus mencetuskan masalah disiplin.

Yang pentingnya kesediaan anak itu.Jangan memaksa anak sebab kalau dia pergi dalam keadaan terpaksa, nanti anak akan memberontak dan buat hal di asrama pula.

Saya kumpulkan beberapa pendapat tentang pro dan kontra tentang menghantar anaka ke asrama seawal usia 13 tahun:

  • Kita menyangka dengan kecemerlangan akademik anak-anak kita, itulah tiket yang dikejar supaya anak-anak dapat masuk ke golongan sekolah 'elit' (asrama penuh)! Kita sebenarnya malah telah melakukan satu kesilapan besar..! Benar apa yang ditekankan dasar pendidikan negara berpuluh tahun lampau, sekolah berasrama penuh disediakan untuk anak-anak dari pedalaman yang berasal dari keluarga kurang mampu. Di sana mereka diberi penjagaan sebaiknya dari segi makan minum dan jadual belajar supaya tidak terbeban oleh kekangan kemiskinan dan masalah keluarga. Fikiran mereka tenang dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran sepertimana anak-anak bandar yang belajar dalam keadaan selesa di rumah masing-masing.Sedangkan ibu bapa yang berkemampuan yang boleh menyediakan kemudahan yang lebih kondusif untuk anak belajar mengapa mesti menghantar anak ke asrama?
  • Dari limpahan kasih sayang dalam pendidikan ibu bapa, anak-anak kita dilontar ke asrama sekolah yang dipantau oleh warden yang penuh disiplin dengan hukuman yang keras, terdedah kepada buli dan dera oleh senior dan sesama rakan, diet pemakanan dan penjagaan kesihatan yang bercelaru (kebanyakan anak-anak yang baru menginjaki usia remaja jarang menitik beratkan soal pemakanan berzat, rata-rata menjadikan air berkarbonat, junk food/makanan segera (terutama mee segera) sebagai sulaman pemakanan mereka di asrama, di luar waktu makan yang disediakan oleh pihak sekolah/kerajaan).
  • Pernahkah kita sebagai ibu bapa terfikir, dalam penyediaan makanan untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, adakah tukang masak yang dibayar gajinya oleh kontraktor makanan di sekolah tersebut 'mensucikan' makanan yang akan dimasak mengikut sunnah Islam, lengkap dengan Bismillah, niat mensucikan, membaca selawat jika lebih peka, dan mengamalkan cara penyediaan masakan atau makanan 'penuh kasih dan sayang'..? Sedangkan setiap kali anak-anak makan hidangan dari masakan ibu di rumah, semuanya disediakan mengikut cara Islam berserta selawat dan ayat-ayat yang mendoakan kekuatan iman mereka (bagi ibu yang benar-benar melaksanakan amanah Allah untuk menjaga anak-anak yang dipinjamkan oleh Yang Hak kepada mereka). Apapun cerita di sebaliknya, sekurang-kurangnya anak-anak pasti disediakan dengan makanan yang lebih bersih di rumah, berbanding dengan apa yang mereka biasa dapati di dewan makan asrama sekolah mereka!

  • Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan anak-anak kita di asrama terdidik oleh pengaruh pihak yang mendominasi masyarakat asrama...kaki buli, kaki carut, penuh kekerasan dan amat tipis nilai budaya dan adat resam, jauh sekali bekalan agama. Bagi mereka waktu solat adalah disiplin yang dipatuhi setakat ritual fizikal. Buktinya? Wujud video-video yang mempermainkan agama oleh anak-anak dari sekolah berasrama ini... Walaupun bukan semua, namun ramai jugaa yang secara terang-terang mengakui dan bangga mempamerkan amalan 'gay' dan 'lesbian' mereka terutama yang bersekolah di sekolah yang tidak bercampur jantinanya.

  • Sewaktu ustaz memberi ceramah, ramai yang berborak dan merancang strategi untuk 'fly' ke 'cyber cafe' untuk bermain 'game', mencari 'pot' tersembunyi untuk menghisap rokok atau memikirkan cara membalas dendam antara 'puak' di asrama. Perhatikan bahasa-bahasa kesat dan lucah yang menjadi amalan perbualan harian atau sewaktu 'chatting' di Face book anak-anak remaja kita...! Amat mengerikan! Tidak ada langsung bayangan didikan agama yang berkesan di jiwa mereka, baik lelaki mahupun perempuan... Jarang ada perbincangan melibatkan isu pelajaran dan masa depan, sebaliknya mereka lebih seronok menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer berbual mengenai konsert rock, melepak, menghadiri parti liar dan masalah pasangan. 
Di sini saya letakkan kisah2 benar mengenai dilema ibu bapa yang menghantar anak ke asrama yang saya ambil dari blog2 tertentu yang berkaitan. Tujuannya untuk membantu ibu bapa yang sedang berfikir2 sekarang sama ada wajar @ tidak menghantar anak ke asrama selepas UPSR.


CERITA 1:
http://adillaharun.blogspot.com

Saya kini berada dalam 'dilema rasa'. Ini saya rasakan terhadap anak sulung saya yang kini berada di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Masih saya ingat betapa beliau menolak untuk ke asrama. Pada waktu itu saya merasakan penolakan itu tidak wajar kerana ia seolah-olah menidakkan usaha saya dan suami yang mahukan yang terbaik untuknya. Saya pejam sebelah mata dalam memandang sama ada anak itu sudah ada kesediaannya sendiri (rela hati) atau sebaliknya. Niat saya supaya dengan kemasukan ke asrama penuh, anak saya dapat belajar berdikari (di rumah semua bagai pahat dan penukul dan banyaknya emak tolong). Selain dapat bergaul dengan mereka yang baik pelajarannya (akhlak belum tentu, namun Insyaallah), mendapat bimbingan dari guru-guru yang bagus-bagus. Memilih untuknya ke sekolah agama pula dengan niat supaya tidak terus meninggalkan terus pendidikan keagamaan (terutamanya Bahasa Arab) yang diterima semasa di Sekolah Rendah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah selama enam tahun.

Kini anak saya telah pun berada di Tingkatan 3 dan bakal menduduki PMR. Saya menjadi semakin bimbang. Lebih dari itu saya 'kalut'. Kekalutan itu baru-baru ini telah membawa saya sehingga menelefon kepada Guru Besar dan berjumpa dengan Guru Hal Ehwal Pelajar. Bukan kerana anak saya melakukan sebarang kesalahan. Cuma saya berusaha untuk mengurangkan kerisauan dan bertanyakan pandangan dari yang layak. Selain mengambil tahu hal berkaitan sekolah itu sendiri.

Berbalik pada kebimbangan saya. Ianya kerana pada saya prestasi anak saya itu hanya 'sedang-sedang' sahaja dan tidak dalam konsistensi. Pada awalnya menyedari perihal sedemikian, saya memikirkan mungkin anak saya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Maklumlah pertama kali melalui hidup sendiri. Pasti sukar juga buatnya. Awalnya juga beliau berdepan masalah menyesuaikan diri dengan beberapa orang teman sebilik. Namun semua itu berubah masuk kepada semestar kedua tahun pertama. Beliau semakin selesa dengan persekitaran. Tiada lagi rungutan. Kini beliau teramat suka dan 'sayang' pula dengan 'semuanya'. 'Comfort zone' si anak berlawan dengan kerisauan saya yang memuncak bila memperkatakan perihal akedemik. Beginilah perasaan yang menghantui saya:

Mampukah anak saya setanding dengan prestasi sekolah yang sememangnya baik.? Saya tiada di sampingnya untuk membantu seandainya beliau perlu. Selama ini - tadika ke darjah enam, saya memantaunya dengan rapat sekali. Saya telah menjadi guru tambahan padanya. Mengulangkaji bab demi bab bersama-sama itu suatu yang biasa untuk dia dan saya. Masih saya ingat bagaimana saya tidur pukul 2 pagi menyediakan ringkasan nota Sains untuknya pada pagi UPSR (dia saya kerah tidur awal supaya cukup rehat). Sebelum ini saya pasti telah melakukan yang terbaik untuknya. Sekarang ini, saya menjadi kurang pasti. Apakah saya terperangkap dengan ketegasan sendiri?. Timbul juga rasa bersalah dengan andaian prestasi akedemiknya pasti lebih baik jika masih bersama-sama saya di rumah. Beliau boleh sentiasa bertanya dan saya akan berusaha menjawab andai ada yang kurang faham. Jika saya tidak cukup ilmu, saya akan mencari jalan lain. Saya selalu 'menebalkan' muka ke sekolah demi anak-anak. Semuanya dilakukan demi rasa ingin kebaikan buat anak-anak.

Tahun ini menjadi tahun yang mencabar. Sebelum ini, saya dicop sebagai ibu yang periksa bila anak periksa. Nampaknya begitu jugalah, tiada berubah. Namun saya kini ada tiga orang yang perlu kepada perhatian dan pemantauan bukan lagi satu, seperti along seorang. Kak Ngah di darjah lima, Aisyah di darjah tiga. Saya perlu adil. Anas yang semakin membesar dan juga mahu belajar yang semahunya.

Saya ingin simpulkan di sini, pertamanya untuk diri saya dan mereka yang terbaca ruangan ini, dalam membuat keputusan mengenai anak-anak beberapa perkara perlu di beri perhatian seperti:

1. Niat - bersih dan luhurkan niat kita sebagai ibu bapa. Setiap perkara itu dinilai oleh Allah melalui niat.

2. Kerelaan anak-anak - jangan lupa perihal perasaan anak-anak. Perbincangan dengan anak-anak perlu. Nyatakan tujuan dan kehendak kita sebagai ibu bapa dan jangan pula meremehkan kehendak anak. Jika perlu 'istikharah' - lakukan. Sekiranya perlu 'trial and error' - tawakkal dan pasrah.

3. Pemantauan - apa sahaja keputusan yang dibuat, pemantauan berterusan amat mustahak. Sesibuk mana pun ibu bapa, semasa berada dengan anak mestilah dengan jiwa dan bukan dengan hanya kata-kata.
4. Pembetulan - andaikata hasil belum mencapai hajat, cuba perbaiki kelemahan. Sedaya mungkin bantu anak kerana siapa lagi yang mereka dapat harapkan jika bukan kedua ibu bapa.

5. Penyerahan total pada Allah. Solat itu tiang agama dan doa adalah senjata utama.

CERITA 2
http://www.melayu.com/sembang2

Ni pendapat pelajar sendiri dalam forum tersebut:

apakah jaminan belajar di sbp u akan dapat cemerlang spm?
apakah blaja di skolah harian akan menyebabkan u kantoi spm atau stakat cukup mkn ajer result spm?

saya penah blajar di skolah harian ngan sbp tapi apa yg rasa rasakan sama ajer blajar dimana2 pun. kalo anda jenis pandai uruskan diri sendiri, tau bahagi masa blajar dan ada inisiatif utk maju dalam hidup...... man2 skolah pun sama ajer.

lihat sahaja anak2 cina, kenapa kebanyakkan mereka tak ghairah utk ke b-school w/pun dapat pmr cemerlang. pastu mereka ini boleh dapat result spm lagi cemerlang dari student kat sbp w/pun cuma blajar di skolah harian.

nampakkan? terpulang kepada adik slamdunk utk membuat pilihan. pengalaman saya di kedua2 skolah menunjukkan tiada bezanya di antara sbp atau skolah harian.

CERITA 3:
http://infonewbie.com

Akhirnya hari nih tamatlah sudah penantian budak-budak UPSR tahun 2011 nih. Resultnya dah keluar tadi. So macam mana? Ok? Saya harap semuanya ok.. adik saya pun sama, resultnya sama jugak dengan result UPSR saya 13 tahun yang lalu. Huhu. Esok last sekolah mesti sayang nak tinggalkan sekolah. Selalunya lepas apabila habis UPSR mesti ada yang akan masuk ke sekolah berasrama dan jugak sekolah harian biasa. Kalau sekolah berasrama biasalah semuanya kita kena buat sendiri kena lebih berdikari berbanding sekolah harian yang mana kita masih tinggal lagi dengan keluarga.
Bila duduk asrama kita lebih berdisiplin, lebih teratur masa belajar, masa untuk tidur, bermain etc. Berbanding jika bersekolah di sekolah harian biasa kita masih duduk di rumah, tinggal dengan keluarga, kita boleh bermanja lagi dengan keluarga. Boleh bermalas-malas lagi. Actually kedua-duanya nih ada pro dan kontranya, cuma bagi saya untuk budak-budak yang baru nak melangkah ke Tingkatan Satu nih tak payah sekolah jauh-jauh lebih baik dekat dengan keluarga sebab dalam peringkat umur mereka yang masih muda dan baru menginjak ke alam remaja macam mereka patutnya ibu bapa lebih banyak memberi perhatian terhadap diorang.
Sebabnya masa ini mereka akan mula mencari identiti sendiri. Sebab ketika ini jugak mereka merasakan bahawa mereka dah besar, dah boleh buat apa sahaja. Masa nih mereka akan banyak bergaul dan sekiranya silap pergaulan buruk padahnya. Lebih-lebih lagi jika seseorang budak tuh datang dari keluarga yang pincang, lagi bahaya. Tapi tak semuanya la akan jadi macam nih cuma segelintir je, ada yang pandai jaga diri masing-masing. Tapi apa-apa pun bagi saya, memang tak sokong budak remaja awal tahun nih berjauhan dengan keluarga buat pertama kalinya. Sekiranya nak berjauhan, diorang boleh buat macam tuh bila dah habis PMR. Masa nak masuk ke tingkatan empat, sebab masa nih mereka dah matang, boleh berfikir sendiri dan boleh menguruskan diri sendiri. Dah boleh untuk menentukan hala tuju sendiri. So macam mana dengan pendapat korang plak ye?

CERITA 4
http://www.carigold.com/portal/forums

Sekolah asrama aku prefer ..tp asrama sains/mrsm la..

budaya belajar pelajar disana akan membantu anak kita...

kat umah..byk main tenet nanti..

huhuhu ni aku bercakap psl skola sbb aku dah banyak kali tuka skola... anak xde g huhuhu sori ye tt..

aku skola biasa je ms skola rendah...

result upsr bgus aku dpt msok skolah ibrahim ms form 1... tp sbb xnak duk asrama bila bpk aku kne trANsfer aku xnk stay skola lama dan berhijrah la aku kt skola besa je..

luar bandar lak tu, skali ngan org2 asli.. ms tu dah form 2... msuk form 3 pas pmr pastu msuk teknik sekejap dan leh sbb result pmr mantap aku dpt mrsm.. pas setahun kt mrsm aku kluar balik dan masuk skola lama aku ms form 2 dlu...

sbbnya? aku mmg xbleh blah ngan kawan2 aku kt mrsm dlu, xtau la mungkin tempat lain x sama, tp mrsm aku tu kawan2 die mmg sgt pentingkan diri, sama mcm waktu aku skola ibrahim dlu... igt bdk pndai2 ni perangai sume sama naik bgus ke.. x semestinya... kawan2 aku bdk2 org asli tu lagi baik hati walaupun dorg x pndai...

famili2 aku sepupu2 mak sedara semua kutuk mak aku sbb benarkan aku kluar mrsm dlu, alasan sbb skola bagus, msok balik skola luar bandar tu msti aku xbleh cemerlang , pdhl aku dpt 8a pmr dulu pun dari skolah tu jgk... wpun x duduk asrama penuh cam dorg..

kesimpulannya aku rs mana2 skola pun sama je asalkan org yg nak belajar tu ade rasa nak belajar... mak bapak pun kdg2 nak anak msuk skolah yg terbaik the best tp yg nak alami persekitaran dlm skolah tu anak2, so kalau dorg x suka dkt satu2 skola tu wpun beprestij mana pun, x pyhla duk paksa2...

kalau x nnt jd cam sepupu aku yg mak bapak die paksa masuk tahfiz tp jiwa dia x suka bila msuk sana asyik fly melawan cikgu suma... bila antar masuk skolah biasa balik baru jd mcm org x byk mslh sbb dia suka... adik dia plak minat belajar2 agama dan x ske blajar skolah biasa sbb nak kne blajar englih ni so bile die msuk skolah agama die pun berjaya...

sblm nak tetapkan mn2 tempat blajar anak2 tu kenal dulu minat dan potensi diri dia... mcm aku dlu mak aku nak sgt aku sambung ambik bidang sains ambik farmacy sume tp dh haku mmg x minat, msuk foundation xbleh ikut.. pastu aku sambung ambik bisnes tiap2 sem aku dpt dean dan mak aku pun dah mula memahami dan x kesah aku nk blajar kt mn di mana dn mcm mn pun asalkan aku minat..

Inilah serba sedikit coretan saya tentang pro dan kontra menghantar anak ke asrama selepas UPSR. Terpulang kepada ibu bapa yang punya anak cemerlang, mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anak2 mereka. Tulisan saya mungkin pro kepada tidak menghantar anak ke asrama keranna saya sendiri memilih untuk tidak menghantar anak seawal 13 tahun ke asrama.Tetapi ini tidak adil untuk menganggap orang lain pun berpendapat sama seperti saya.

Kalau dapat kawan-kawan yang ada pengalaman boleh le share di sini.


BELUT MASUK PUNDI KENCING LELAKI


BELUT yang memasuki pundi air kencing Zhang Nan dan telah mati.
Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun.

Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini.

Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk.“Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu,” katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei. 

Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya. 


Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor.

Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin. – Agensi

Saturday, November 26, 2011

KENAPA MESIR BERGOLAK SEMULA?

 
Siapa yang tidak mahukan negara aman? 
Siapa yang mahu negara mereka bergolak?
Jadi atas dasar apakah lagi Mesir kembali bergolak?
Memang naluri manusia yang mahukan kebebasan dan keadilan. Tetapi sering kali kebebasan dan keadilan perlu dibayar dengan darah. Sejarah telah buktikan.
Apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah perasaan tidak puas hati rakyatnya yang mahukan pemerintah junta tentera mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.
Wartawan cedera dibantu penunjuk perasaan.
Dua punca yang mungkin menyebabkan pemerintahan junta tentera sukar untuk melepaskan kuasa kepada rakyat ialah:
  1. Junta tentera mula gilakan kuasa dan mahu memerintah Mesir memandangkan segala alat dan kuasa ketenteraan berada di tangannya.
  2. Junta tentera menerima tekanan Israel untuk melambatkan ataupun menggagalkan proses penyerahan kuasa kembali kepada rakyat memandangkan jika pilihanraya diadakan kemungkinan untuk parti dikuasai Ikhwanul Muslimin akan menang amat tinggi. Kalau ini berlaku, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akan lebih mudah menerima bantuan kemanusiaan melalui Mesir selepas ini. Perkara ini amat dibenci Israel.
Dua sebab diatas cukup untuk  menjawab kenapa hingga ke hari ini junta tentera gagal kembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.

DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH, SELAMAT TAHUN BARU!

sedar tak sedar dah nak akhir tahun dah...dalam tahun Islam, 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada hari Sabtu nie, 26 November 2011. Maksudnya hari Ahad 27 November 2011 merupakan Hari pertama Tahun baru iaitu 1 Muharram 1433H [awal Muharram]


Selamat Tahun baru...oh ya, untuk itu jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun 1433H seperti tertera kat bawah itu ok. hal ini kerana, kalau kita baca kedua-dua doa tersebut, InsyaAllah kita akan dilindungi daripada tipu daya syaitan dan dosa setahun yang lalu diampunkan Allah S.W.T., InsyaAllah. take note tau!


untuk Doa Akhir tahun 1432H, kawan-kawan perlu baca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar iaitu sebelum masuknya waktu Magrib pada 30 Zulhijjah 1432H (hari sabtu tu).


Untuk Doa Awal Tahun pula, kawan-kawan perlu baca sebayak 3 kali selepas waktu Magrib pada malam 1 Muharram 1433H.

Diriwayatkan "Barang siapa yang membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada 1 muharam, Allah S.W.T. akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripadafitnah dan tipu daya syaitan selama satu tahun yang mendatang."

ISTERI BUNUH DAN MASAK DAGING SUAMI


Zainab Bibi bersama sepupu lelakinya (kiri) setelah ditahan

SHAH FAISAL - Pihak Polis Pakistan telah menahan seorang wanita yang membunuh suaminya sendiri. Wanita tersebut turut merancang untuk memasak potongan tubuh dari suaminya itu.

Zainab Bibi telah ditahan di Shah Faisal, wilayah yang terletak di salah satu kota besar di Pakistan, Karachi, kerana ingin memasak daging suaminya sendiri. Pihak Polis juga menemukan potongan bahagian tubuh suami Zainab yang ditempatkan di dalam periuk.

"Zainab dan sepupu lelakinya telah membunuh Ahmed Abbas (suami Zainab), dan mencincang anggota tubuhnya. Setelah itu, mereka akan memasak daging suaminya," menurut Ketua Polis Shah Faisal, Nadeem Baig, seperti dilaporkan AFP, Jumaat (25/11/2011).


(Atas dari kiri) Gambar-gambar dari stesen TV tempatan menunjukkan periuk-periuk yang sudah siap berisi daging dari tubuh suaminya sedia untuk dimasak. Dan kanan sekali adalah gambar pakaian suaminya yang berlumuran darah ditemui dalam sebuah bekas baju. (Bawah) Gambar menunjukkan bekas baju dan periuk yang berisi daging suaminya di dalam sebuah ambulan sedia untuk disiasat.

Zainab ditangkap setelah jirannya melaporkan perbuatannya kepada pihak polis. Stesen televisyen tempatan juga menunjukkan potongan tubuh Ahmed yang ditempatkan di dalam periuk.

"Ada dua faktor yang menyebabkan Zainab merancang untuk memasak daging suaminya sendiri. Pertama kerana Zainab ingin menghapuskankan barang bukti, dan yang kedua adalah kerana emosi Zainab yang meledak-ledak. Zainab tentu tersinggung dan amat marah ketika Ahmed menyatakan niat untuk berkahwin lagi dengan wanita lain," tambahnya.

Perundangan di Pakistan membenarkan setiap suami untuk berpoligami, namun untuk berpoligami, lelaki perlu meminta izin daripada isterinya terlebih dahulu.

Sumber : pulakdah

CUTI-CUTI MALAYSIA

Cuti sekolah tiba lagi. Tapi jadi cikgu ni, nama je cuti, tapi keje melambak2 lagi kat sekolah. Anak-anak sibuk tanya bila nak bawak dia orang berjalan-jalan. Ala bucuk2, cian die...dalam kepala serabut memikirkan kerja2 yang tak settle lagi, sampaikan le jugak hajat anak2 nak berjalan2. Cakap dgn dia org, mg ni je ye...lepas ni korang dok rumah diam2..kalau keje umi settle, ada rezeki dekat2 nak bukak sekolah umi wat jalan lagi...nak janji tak berani.

23/11/2011
Pergi Klang, rumah adik.Nak jumpa bibik dia nak balik cuti sebulan  ke Surabaya, Jawa Timur.Risau adik aku takut bibiknya tak balik semula. Tapi aku percaya bibik Nyumah balik semula...don't worry be happy! Yang tak happynya cuti sebulan ni kena la  buat semua keje rumah sendiri...bibik tak de.

Bibik Nyumah & Bibik Titin. ( 2 beradik)
 25/11/2011
Bawak dia orang main air kat Bukit Gambang Beach Resort. Sekarang musim hujan, on the way ke BGBR, suruh anak doa jangan hujan hari ni.Rezeki anak2, hari ni cuaca sangat baik, dapat le dia orang main air puas2. Pkl 5.30 pm, ajak balik tak nak. Eh! mana boleh jadi ni..guna kuasa veto, baru le keluar dari air dengan muka macam asam kecut masing2. Budak2 ni tak reti sejuk betul, yg kita ni dah habis kecut rasanya. Tu le namanya budak2 kan.




Keluar BGBR terus ke Kuantan ( rumah abang ).Masing2 terlelap dalam kete, penat sangat le konon2nya. Sampai rumah abang,kakak iparku hidang keropok lekor, sata & goreng pisang. Memang melantak betul le, lapar baru habis main air. Malam ingatkan bila penat, tidur awal le masing2, rupa2nya tahan mata dia orang dapat jumpa sepupu2, tak ingat nak tidur, baik kecik @ besar, sama je..

26/11/2011
K.Faiz ajak pergi ke Yayasan Pahang, Tg Lumpur ada pameran Sains. Boleh gak! Baru main dalam 1 jam setengah, staf dah announce bgtau pameran akan ditutup sebentar pd pkl 1 pm utk waktu rehat. Ada lak gitu? Bengkek je muka budak2 ni suruh berhenti main. Tp nak buat camne kan? Dah free nak lebih2 lak!

K.Faiz melayan anak buah!
Mak Tok dan cucu2nya!
Gelagat anak2 dan anak buah!
Bersungguh-sungguh!
Abang aku dan familynya!

Mak Tok melayan cucu2nya...
 Masing-masing macam x ingat dunia main kat siniA memang best, bawakle anak2 datang sini, masuk free je!

 Macam-macam ada!

 Tengok tu..!Magic!  ha!ha!

Pukul 3 pm bertolak balik Melaka, sampai pukul 7pm. Anak2 muka macam tak puas hati je, pujuk dia org, nanti kalau ada masa lagi umi bawak jalan lagi ye!





Monday, November 21, 2011

SENARAI KOPI BERACUN DI PASARAN

 

Senarai kopi yang dikatakan beracun..so kalo boleh..elakkan dari minum ni..adeii
1. Cafe Abang Yes
2. Candi Gold
3. Candi 193
4. Extend Up energy Drink
5. Extremen,
6. Extrewoman
7. Goji Guarana
8. Goji Guarana Extra
9. Goji More
10. Goji Yumberrry
11. Guara Cafe
12. HBW Ice Lemon Tea
13. Hotton Vitality Candy
14. Ie2 O
15. King Cappucino
16. Knight Cofee
17. Kolek Cafe Power Plus
18. Kopi Angguk
19. Kopi Asmara
20. Kopi Bagus AAA
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
22. Kopi Pahlawan
23. Kopi Super Angguk
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
25. Maca Max
26. Macagin Ginseng Candy
27. Mentalk Candy
28. Nexus MXP
29. Night Cafe
30. Red Energizer Candy For Men
31. Royal Beverage Maqrifatun
32. Sasanergy Drink
33. Trica Jus Tri-Max
34. True SR
35. Vigor Candy
36. Vitca-F
37. Vitca-M
38. Winnie Beauty V1
39. XKL Sky Fruit Juice Premix

Kredit:   Blog Sis Beaty  

Sunday, November 20, 2011

CERITA PENDEK- Sayang, Abang Minta Izin Kahwin Lagi...

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSzWa8Q_FX0hBA-bWZdNQ98u1iYVwEdD5v_PmBTT4JLubb474jE



“Sayang, Abang minta izin untuk nikah
sorang lagi,”
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kaburlantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang.Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil.sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepadasuaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.
” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak
seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-
anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.
” Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”
“Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,”
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg,”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abg…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih
ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak-
anak kita. Aliyah sayangkan Abg…
3. Aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar anak-
anak Abg nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung… Aliyah sayangkan Abg…
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg… Aliyah sayangkan
Abg… Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah…
Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,
roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan
pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!

PROMOSI 10 HARI PENAPIS AIR OUT DOOR SYSTEM DR IMTIYAAZ






PROMOSI 10 HARI PENAPIS AIR OUT DOOR SYSTEM 
( 5 LAYER) DR IMTIYAAZ BERMULA 20 -30 NOV 2011.  
 
 
 
HARGA BIASA RM998 TIDAK TERMASUK PEMASANGAN.
HARGA SEPANJANG PROMOSI HANYA RM900 TERMASUK PEMASANGAN.
HUBUNGI STOKIS IMTIYAAZ MELAKA 0162063764 HARI INI JUGA.
STOK UNTUK PROMOSI TERHAD 20 UNIT SAHAJA.
PENGHANTARAN DIBUAT DISELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA TERMASUK PEMASANGAN.
JANGAN LEPASKAN PELUANG HEBAT INI.

JANGKAAN HARGA EMAS AKHIR TAHUN 2011

Assalamualaikum, Salam sejahtera..
Salam emas buat semua.
Hari ni jom kita lihat sikit apa kata tauke-tauke emas, para penganalisis harga emas dan otai-otai emas dunia berkenaan harga emas pada akhir tahun 2011.
Harga emas pada bulan Ogos menunjukkan kenaikkan menggila.. tetapi pada bulan september harga emas menunjukkan terjunan tiruk yang agak dahsyat.. paling dahsyat dalam sejarah tahun 2011 heheh.
namun begitu, sedarkah kita sebenarnya terjunan tiruk tersebut hanya patah balik harga sebulan sebelumnya sahaja.. iaitu kembali kepada harga sekita bulan julai sahaja.. sila rujuk graf di kitco.com

au2011 Peluang Pelaburan Emas Fizikal : Jangkaan Harga emas akhir tahun 2011

Sekarang mari kita lihat apa kata penganalisis dan penggiat emas mengenai harga emas 2011.
NEW YORK (Commodity Online): Pada setiap penghujung tahun, ini adalah masa untuk semua komiditi membuat ramalan tidak ketinggalan ramalan untuk emas. Sebagai harga penutup untuk emas pada tahun ini, 2010, banyak ramalan yang telah dikeluarkan oleh komoditi-komoditi emas. Ada diantara mereka menyasarkan harga emas akan menaik antara $1500  per ounce sehingga $2000 per ounce.

HARGA TINGGI

Global commodities guru Jim Rogers: “Gold price would eventually rise above $2,000 an ounce. Gold will be $2,000 certainly in the decade, it’ll probably be much higher than $2,000 in the decade but maybe even sooner I don’t know. But to me it seems pretty clear that it’ll go to at least $2,000. If you adjust the old high back in 1980 for inflation, gold should be over $2,000 now.” 

Saxo Bank: “Gold price will be at $1800 per ounce in 2011 if the US Dollar strengthens, sparking fresh currency wars across the Pacific. Pressure piles on China and as investors flee to metals in search of some stability, gold shoots up to $1800 an ounce.”

Goldman Sachs:
Telah menetapkan sasaran emas selama 12-bulan yang akan datang kepada $ 1690 per ounce.
Capital Economist:
Berikutan kebimbangan inflasi meningkat, harga emas dijangka akan melonjak ke £ 1,600 pada tahun 2011 dan mencapai $ 2,000 pada akhir 2012.

HARGA RENDAH :

PricewaterhouseCoopers: A new survey of 44 investors and gold mining executives conducted by PricewaterhouseCoopers’s Canadian Mining Group forecasts a peak of $1500 per ounce for 2011.
 
BNP Paribas: Has forecast an average of $1,500 in 2011.
Pradeep Unni, penganalisis senior di Richcomm Global Services di Dubai sebagai permulaan tahun ini beliau menjangkakan harga emas akan naik ke $ 1,455 – $ 1,480.
———-
Sekarang sudah tiba di akhir tahun 2011.. sebahagian andaian di atas telahpun dicapai oleh harga emas.. paras tertinggi dicatat dalam bulan Ogos.. terendah pada bu;an september.. kini kita berada dalam fasa terakhir tahun 2011.
Biasanya harga emas akan melonjak tinggi pada bulan November dan Disember.. untuk maklumat jelas sila layari www.kitco.com ambil bahagian chart n data.. click gold historical data.
Akhir kalam.. Oleh kerana emas di negara kita dinilaikan dengan dolar AS, harga emas dijangka mencecah  ke $ 2000/ounce jika dolar AS mengukuh…. Jika dolar AS menunjukkan kelemahan harga emas dijangka meningkat  ke $ 3000/ounce iaitu kenaikan sebanyak 100% berbanding tahun 2010.
Oleh itu bertindaklah menyimpan emas mulai sekarang….Emas adalah pelaburan yang paling selamat untuk tahun 2011.

*Sumber : Laman web rakan-rakan peniaga emas