Sekali
pandang mereka adalah dua orang yang berbeza tetapi sebenarnya mereka
adalah orang yang sama.Wajah jelita yang bertukar membengkak macam kena
sengat tebuan tanah ini adalah akibat daripada alahan selepas
menggunakan pewarna rambut.Chloe Robins, 14,
terpaksa dikejarkan ke hospital setelah ibunya Joanna memberikannya
pewarna rambut untuk menghitamkan rambutnya.
Remaja dari Swaythling, Southampton, Hampshire, mula mendapat kulit
kepala gatal selepas menggunakan pewarna hitam separa kekal, yang
mengandungi bahan kimiapara-phenylenediamine (PPD).
Beliau mengalami bengkak di leher dan
muka serta mengalami kesukaran untuk bernafas selepas 48 jam menggunakan
pewarna rambut.Kejadian ini berlaku selepas beberpa minggu selepas
Tabatha McCourt meninggal dunia selepas 20 minit mewarnakan rambutnya.
Chlor mewarna rambutnya kerana ingin merayakan malam Halloween dan bercadang menggunakan pakaian Zombie.
No comments:
Post a Comment