SLIM RIVER: Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah,
Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk
lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan
terbalik di laluan kiri menuju arah selatan di Kilometer 382 Lebuhraya
Utara-Selatan awal pagi tadi.
Menurut saksi, mereka cuba keluar dari bas terbabit sebelum treler membawa guni muatan pasir merempuh sebahagian belakang bas yang berada di atas jalan laluan lebuh raya itu.
Seorang pelajar yang berada dalam bas terbabit, Farhana Adila Ramli, berkata ketika kejadian kebanyakan rakannya sedang tidur.
”Kami tidak sedar sebahagian bas
telah terbalik selepas terbabas, suasana bising. Kami keluar dari bas
untuk selamatkan diri masing-masing. Pada waktu itu tiba-tiba sebuah
treler langgar dari belakang bas, kawan-kawan di bahagian belakang saya
tidak tahu nasib. Saya sedar apabila berada di hospital,” katanya ketika
ditemui di bahagian kecemasan Hospital Slim River di sini.
Pelajar Tingkatan Tiga, Farhana Adila Ramli,yang patah
di bahagian lengan, berkata sebilangan besar yang berada di dalam bas
terbabit hanya cedera ringan apabila bas itu terbabas.
“Apabila treler merempuh bas kami, saya tengok rakan sekolah yang lain tercampak keluar dari bas,” katanya.
Guru mata pelajaran Biologi, Azria Hani, 31, berkata rombongannya
bertolak dari Kulim pada 11.30 malam tadi untuk lawatan ke Kuala Lumpur
dan Genting Highlands.
Antara tempat yang ingin dilawati adalah ASTRO dan Menara Berkembar PETRONAS.
Antara tempat yang ingin dilawati adalah ASTRO dan Menara Berkembar PETRONAS.
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah
Syed Kassim, berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu, Basarah Saad,
adalah ahli pergerakan Wanita dan menaiki bas lain yang berhenti untuk
membantu pelajar keluar dari bas yang membawa rombongan sekolah
berkenaan.
“Ketika bas yang membawa rombongan Pergerakan Wanita UMNO Kedah untuk
ke Tanjung Karang lalu di kawasan terbabit, pemandu ternampak dan
kemudian berhenti di depan bas terbabit.
“Pemandu kami turun untuk bantu pelajar dan pesan kepada kami jangan
turun tapi beberapa ahli pergerakan ingin bantu. Mereka sempat keluarkan
tiga pelajar dari bas yang terbabas,” katanya.
Apabila sedang membantu, sebuah treler merempuh belakang bas terbabit dan kemudian asap keluar berkepul-kepul.
“Pemandu minta semua ahli Wanita yang turun (untuk bantu) naik semula
ke dalam bas kami, kerana pemandu kata keadaan bahaya dan risau jika
bas terbabit meletup. Apabila bas kami bergerak, baru tersedar Basarah
tiada dalam bas, dan cubaan menghubunginya gagal. Kami kemudian berhenti
dan berjalan kaki ke kawasan kejadian sebelum dimaklumkan Basarah
maut,” katanya.
Katanya, ketika kejadian, kedengaran pelajar terbabit menangis dan meminta tolong dalam keadaan gelap di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, Basarah adalah ibu tunggal dan mempunyai tiga anak lelaki.
Abang kepada seorang pelajar yang maut, Zuhairi Azhan, 21, berkata
pada mulanya beliau tidak membenarkan adiknya Khairul Anwar menyertai
rombongan itu bagaimanapun selepas dirayu beberapa kali akhirnya beliau
mengizinkan.
“Saya terkilan tidak dapat menghantar adik kerana bekerja. Sebenarnya
ibu saya mengalami trauma kerana sebelum ini adik perempuan saya juga
meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,” katanya.
Ibu kepada Farhana Adila, Rozita Idris berkata, pada 6.30 pagi tadi
beliau cuba menghubungi anaknya bagaimanapun tidak dapat menembusi
talian telefon bimbit anaknya itu.
“Saya kemudiaan cuba hubungi kawan kepada anak saya, dan dimaklumkan
bas kemalangan dan mereka berada di Hospital Slim River. Saya sedih dan
hiba apabila diberitahu ada rakan anak yang meninggal dunia dalam
kejadian itu,” katanya.
Kesemua jenazah mangsa yang maut sudah dituntut waris masing-masing petang tadi di Rumah Mayat Hospital Slim River.
Kejadian pukul 4.45 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir
yang melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di tepi jalan. Bas yang
membawa rombongan pelajar dan guru dari SMK Air Merah, Kulim ketika itu
dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota
badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas
persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim
River, awal pagi ini.
Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu
anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah
bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim
River, awal pagi ini.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.
Dalam kejadian itu, empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah
treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas yang
berhenti akibat terbabas di sebelah kiri laluan menuju ke selatan di
Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang di sini awal
pagi tadi.
nggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.
nggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.
No comments:
Post a Comment