Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

BANK SUSU HARAM!


Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.
Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.

Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.

Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.
Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

"Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.
"Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan," katanya.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Menurut muzakarah itu, tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.
"Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.

"Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing," katanya.

Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.

DOSA DALAM PERKAHWINAN

Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.
Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.
Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.
Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.
Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.
Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.
Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?
Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.
Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."
Ada juga yang berkata:
"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.
Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?
Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?
Itu perlu ditanya pada diri sendiri.
Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.
Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
Berat bukan tanggungjawab seorang suami?
Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.
KREDIT:

Monday, December 26, 2011

MASJID AL-AQSA YANG PALSU


Seperti kita ketahui, Masjid Al Aqsa adalah kiblat pertama Umat Islam. Di Masjid inilah Rasulullah S.A.W singgah dan solat sebelum naik ke Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra Mi'raj.

Masjid yang terletak di Jerusalem ini adalah Masjid pertama di Dunia.Dibina pertama kali oleh Nabi Adam a.s.Kemudian  dibangun kembali oleh Nabi Daud a.s, kemudian disambung oleh Nabi Sulaiman a.s. Akhirnya disempurnakan oleh Nabi Ibrahim a.s dimasa kenabiannya.

Pada tahun 587 SM, Masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman  a.s dihancurkan oleh Raja Babilonia.
Pada pada tahun 167 SM tempat Masjid  Al Aqsa itu kemudian dibangunkan dan  menjadi tempat ibadah orang Yahudi, dan tahun 70 SM bangunan itu dihmusnahkan kembali oleh orang Yahudi Jerusalem. Setelah itu tapak Masjid ini terbiar menjadi tempat sampah selama lebih dari 600 tahun.

Kemudian pada  tahun 637 Masehi,Khalifah Umar Bin Khatab berjaya menakluki kembali Jerusalem dan membina kembali Masjid ini.

Dan tahun 691 Masihi, Khalifah dari Bani Umayyah membina Masjid Al Sakrah atau disebut juga The Golden Dome Mosque (Masjid Kubah Emas) disebelah masjid Al Aqsa.

Tahun 1967 Masjid Al Aqsa berjaya ditakluk oleh  Israel lagi!
Orang Yahudi ratusan kali berusaha menghancurkan Masjid ini. Pada tahun yang sama orang Yahudi berjaya menghancurkan Mimbar Tua berusia 900 tahun yang dibinan Sultan Salahudin Al Ayubi yang juga pernah merebut kembali Jerusalem dimasa itu.

Hingga saat ini orang Yahudi terus berusaha untuk melenyapkan Masjid ini dan menggantinya dengan bangunan Yahudi. Tahukah saudaraku, ada berita mengggusarkan bahawa mereka sedang menggali bahagian bawah tanah masjid ini supaya masjid ini tenggelam secara perlahan-lahan Tetapi, Alhamdulillah, segala puji bagi Nya Yang Maha Perkasa dan Berkuasa, Allah Ta'ala masih melindungi Masjid ini dari tangan kotor Yahudi.

Namun saudaraku, tahukah....
Jika saat ini anak anak atau adik adik kita ditunjuk dua keping gambar masjid ini, lalu disuruh memilih, mana satukah Masjid Al Aqsa. Kemungkinan kita akan memilih Masjid yang berkubah Emas bukan  Masjid Kubah Hitam( iaitu masjid Al Aqsa yang sebenar).

Rupanya bukan kita sahaja beranggapan sedemikian, Sekarang lihatlah gambar yang terpampang di laman2 web @ media massa.
 

Saya mendapati banyak website dakwah yang memaparkan Masjid Al Sakhrah (Kubah Emas) ini sebagai Masjid Al Aqsa (cuba layari website dan google image masjid ini).

Muncul pertanyaan, kenapa?
Kenapa lagi kalau bukan taktik orang Yahudi yang berusaha mengalih perhatian umum dari masjid Al-Aqsa yang sebenar.Usaha mereka sangat kuat sehingga di kalangan Intelektual Muslim sendiri tidak tahu muslihat ini!

Kenapa saya menghebahkan hal ini?
Saudara seagamaku, apa yang terjadi jika Masjid Kubah Hitam (Al Aqso) ini dihancurkan mereka secara diam diam?

Akibatnya sangat dahsyat,kerana jika umat Islam mulai terbiasa memandang masjid yang berkubah emas tadi sebagai Masjid Al Aqsa... maka umat Islam akam diam saja saat masjid Al Aqsa yang asli itu dilenyapkan oleh orang yahudi. Karena Masjid "Al Aqsa" yang mereka ketahui itu masih berdiri teguh di tapaknya.

Padahal sekali lagi, yang berdiri itu bukan Al Aqso melainkan Masjid Al Sakhrah/Dom Of The Rock/ The Golden Dome Mosque/ Masjid Kubah Emas yang berdiri disebelah Al Aqso yang Asli.

Sama-sama kita war2kan tentang hal ini.

30 KEJADIAN PALING GILA ANGKARA FACEBOOK SEPANJANG TAHUN 2011

Ramai orang melakukan perkara bodoh menggunakan FB. Di sini saya letakkan cerita tang pengguna FB yang paling "tidak cerdik" semasa menggunakan FB sepanjang tahun 2011.

1. Pada bulan November, pencuri masuk ke sebuah rumah dan dan sempat melayari internet dan log in FB. Sayangnya dia lupa tidak log out dulu sebelum meninggalkan rumah itu..



2.Pada bulan Februari, seorang ibu ditangkap kerana memposting foto-foto bayinya sedang menggunakan bong di Facebook.


 
Sumber: wtsp.com

3. Tigo Arrington membuat heboh dengan memposting ancaman kepada polis di Facebook. Ketika polis pergi untuk menyelidiki ancaman tersebut, mereka menemukan pornografi kanak-kanak di komputer peribadinya dan dia ditangkap.


 
Sumber: mobile.al.com

4.Nikki Rasmussen ditangkap kerana cuba membakar rumah temannya, Tujuannya untuk membalas dendam kerana kawannya telah remove namanya daripada daftar sahabat2nya.



5. Selama sekitar satu tahun setengah, Bettysue Higgins 54 tahun menggelapkan $ 166.000 dari tempat kerjanya  di sebuah firma hukum. Dia menggunakan sebahagian besar wang ini untuk membeli koin virtual di game facebook YoVille dan Mafia Wars. Pada bulan Disember, dia didakwa di pengadilan dan dituntut 6 tahun penjara.

Sumber: kjonline.com 

6.Pada bulan Oktober, sebuah kaji selidik mendapati bahwa 1 daripada  5 wanita akan lebih memilih bermain Facebook daripada seks. 

Cosmo bertanya pada 2.000 pembacanya "apa yang Anda lebih suka cuti selama satu minggu penuh: seks atau Facebook?", Dan 20% menjawab bahawa mereka memilih memiliki Facebook daripada seks. 

Sumber: socialhype.com 


7.Pada bulan Oktober, Steve Frank,Covington, Kentucky, mengancam akan membiarkan "Taliban" saat menghadapi penunjuk perasaan.




8. Althea Ricketts 62 tahun didakwa melakukan penganiayaan kanak2 dengan mendera anaknya kerana kerana anaknya mempunyai akaun Facebook. 

Sumber: articles.orlandosentinel.com 


9. Jason Valdez menyimpan seorang wanita selama 16 jam di sebuah bilik hotel di Utah dan mengupdate status semua kejadiannya di live-blogged dan Facebook.




10.Pada bulan Mei, 7-Eleven dalam kesusahan besar kerana mengejek bulan Kesihatan Mental pada statusnya di Facebook.


Source: adweek.com 

11. Menurut American Academy of Matrimonial Lawyers,1 dari 5 Pengguna Facebook melakukan kecurangan yang menjadi penyebab kes perceraian di AS.

Sumber: yourtango.com


12.Pada Disember, seorang pemandu teksi berjaya membalas dendam terhadap seorang penumpang yang tidak membayar tambangnya tetapi tertinggal telefon di dalam teksinya dengan memperbarui status Facebooknya.


Sumber: thedailywh.at 

13. Pada bulan Mei, Lady Gaga menggunakan Farmville sebagai premier lagu barunya.


Sumber: ohnotheydidnt.livejournal.com 

14. Benito Apolinar dilaporkan berkata kepada isterinya bahwa "dia  banyak mendapat komen pada statusnya" tapi dia tidak gembira kerana isterinya tidak melayani posting tersebut 

"Adalah sangat mengagumkan, ramai orang 'suka' pada statusku kecuali kamu (isterinya), tapi, kau isteriku. Seharusnya kamu jadi orang pertama yang "suka" pada statusku," Katanya kepada isterinya dan kemudian dia telah menyerang isternya kerana hal tersebut.

Sumber: heraldextra.com 


15. Seorang Lelaki telah memecah masuk kereta seseorang dan mencuri telefon bimbitnya. 


Menurut polis, "Suspek telah mengambil gambarnya dan kerana tidak faham setting telefon tersebut, akhirnya dia telah ter uploag gambarnyta ke lamana FB secara automatik.Akhirnya identitinya dapat dikesan polis.

Sumber: ajc.com 


16. Pada bulan Ogos seorang wanita berjaya meletakkan status di FB yang  menawarkan $ 1.000 untuk sesiapa saja yang boleh membunuh h bekas kekasihnya. 

Sumber: abclocal.go.com 


17. Pada bulan Julai, 24t orang pekerja di projek Dallas City Hall menerima tindakan setelah syarikat tersebut berjaya mengesan mereka menghabiskan terlalu banyak masa melayari FB. 

Sumber: dfw.cbslocal.com 



18.Pada bulan Julai, seorang lelaki berusia 19 tahun Watertown, Connecticut ditangkap setelah memposting video dua minit di Facebook yang menunjukkan dia melanggar keretanya ke tong sampah di sepanjang jalan yang dilaluinya. 

Sumber: wfsb.com 

19.Pada bulan Jun, Sarah Palin memposting catatan di Facebook yang mengatakan WTF berdiri untuk "Winning The Future."



Sumber: facebook.com 

20. Pada bulan Februari, seorang lelaki Mesir memberi nama puterinya yang baru lahir "Facebook ". 



21. Pada bulan Jun, Pemerintah Perancis melarang radio dan jaringan berita televisyen untuk menyiarkan posting Facebook" dan "Twitter" di siarannya. 

Sumber: sg.news.yahoo.com

23. Pada bulan April, setelah Royal Wedding, Pippa Middleton's Ass Appreciation Society dilancarkan, sekarang telah mempunyai  lebih dari 240.000 penggemar.


Sumber: news.com.au 

24. FBI menuduh seorang lelaki merompak 5 bank di area Detroit setelah penyiasat men​​sesuaikan dia dengan foto di Facebook. 

Perompakk itu mengenakan pakaian yang sama dalam gambar profilnya di FB ketika dia merompak bank. 

Sumber: wtsp.com 

25.Pada bulan Oktober, seorang wanita ditangkap kerana membiarkan semua orang tahu melalui Facebook bahawa dia melakukan  seks di bas. 

Sumber: thesmokinggun.com 

26. Pada bulan Februari, seorang lelaki Staten Island mencoba untuk menuntut daripada Facebook sebanyak $ 500.000 kerana mengeluarkan dia dari akaun Facebook tanpa notis.

"Saya tinggal di sebuah negara komunis di mana orang tidak punya hak.  kata Montenegro. "Aku tidak melakukan ini kerana duit. Aku melakukan ini untuk keadilan," katanya. 

Sumber: nypost.com 

27. Sophomore Nitesh Bhakta,siswi   di Universiti Georgia, menggunakan Facebook untuk membantu menggagalkan rompakan bersenjata yang berlaku di rumah keluarganya. 


Gadis 20-tahun itu berada di biliknya dengan laptopnya ketika dia mendengar jeritan neneknya."Ketika aku membuka pintu, aku melihat 3 orang  bertopeng hitam di pintu depan," kata Bhakta. "Aku menutup pintu, menguncinya, menyambar laptop saya, pergi ke loteng dan bersembunyi." 

"Saya tidak berfikir [Facebook] benar-benar dimaksudkan sebagai alat menyelamatkan nyawa, tapi ini satu-satunya cara saya boleh memikirkan menghubungi seseorang untuk meminta tolong dengan segera. katanya. 


Jadi, Bhakta memperbarui statusnya Facebook: "HELP, ROBBERS, NO PHONE." "Banyak orang berfikir itu adalah lawak," katanya. Untungnya sahabatnya, John Salter, menganggapnya serius,dan memberitahu deputi Sheriff County, Bartow saat Bhatka bersembunyi dalam gelap. 

Sumber: ajc.com 

28. Crystal Yamnitzky dan kekasihnya Robert Driscoll mencuri sebuah cincin $ 12.000. Tak lama setelah itu, Yamnitzky memposting gambar di Facebook dengan tajuk, "Lihat apa yang diberi Robby padaku. .” Aku sangat mencintainya. " Mereka berdua ditangkap sesaat setelah itu.



Sumber: pittsburgh.cbslocal.com 

29. Ashley Payne 24 tahun , seorang guru bahasa Inggris sekolah umum di Georgia, dipecat kerana foto dirinya sedang minum wine di sebuah parti di Eropah diposting Facebooknya. 


Sumber: cbsnews.com

30. Dan ini yang terakhir .... Komen sendiri ye...



Monday, December 19, 2011

LOKASI SPEED TRAP DI SEMENANJUNG MALAYSIA


PLUS Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras..

REMAJA PUNK ROCK ACHEH DIBOTAKKAN DAN DIMANDIKAN!



Menampilkan diri dengan budaya luar adalah HARAM di Aceh, Indonesia. Konsert PUNK diserbu dan remaja PUNK dibotakkan serta ‘dibasuh’ pihak polis.
59 remaja lelaki, dan 6 remaja perempuan ditahan pihak berkuasa Aceh, ketika sedang menyertai sebuah konsert muzik PUNK yang diadakan di Banda Aceh. Ramai diantara remaja tersebut berasal dari luar Aceh dan datang kesana semata-mata untuk ke konsert itu.
Dikatakan juga, motif konsert itu adalah sebenarnya untuk mengumpul dana untuk di disampaikan kepada rumah anak yatim.
punk rock aceh 1 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan
Mereka ini kemudiannya ‘dibersihkan’ oleh pihak berkenaan dengan ditanggalkan segala aksesori dan perhiasan seperti rantai, gelang tangan, rantai leher dan kemudiannya dibotakkan beramai-ramai.
Mereka ini kemudiannya dihumban kedalam sungai beramai-ramai untuk dimandikan dan dibersihkan kononnya sebagai upacara men-suci-kan semula perangai mereka itu yang terlalu menjijikkan dengan amalan Punk Rock.
punk rock aceh 3 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 2 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 6 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 5 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan

Mereka ini kemudiannya diberikan pakaian baru yang jauh dari pengaruh Punk itu.
Kemudian, mereka ini akan di’sekolahkan’ semula oleh pihak berkuasa, dimasukkan ke sekolah polis untuk dididik semula dengan ajaran yang benar dan berdasarkan Islam.
Sepanjang 10 hari dalam ‘tahanan sekolah’ itu mereka akan dididik dari segi mental dan spiritual. Diajar dengan nilai-nilai murni Islamik, dan juga diajar untuk bersolat.
Hanya selepas 10 hari itu sahaja mereka akan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
punk rock aceh 4 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 7 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan
Amboi, bukan main ketat lagi undang-undang pihak berkuasa di Aceh. Untuk makluman, pentadbiran di Aceh adalah berlainan dengan wilayah lain di Indonesia atas desakan pemimpin Islam Aceh ketika pergolakan pada tahun 2005 di wilayah itu.


Sepatutnya Kerajaan malaysia pun kena ambil tindakan yang sama terhadap remaja yang ditangkap menganjurkan program berbentuk seperti ini. Di mana2 kita dapat lihat golongan punk, Black Metal dan lain2 di negara kita. Yang paling menakutkan, golongan ini berpengaruh untuk merosakkan akidah remaja kita.




Sama-sama kita cuba membenteras masalah ini dari terus berleluasa, tapi siapalah kita yang tidak mempunyai kuasa ini dibandingkan dengan tindakan oleh kerajaan sendiri.
Jika kita sayang anak bangsa kita marilah kita hapuskan pemikiran Black Metal, Punk dari minda belia2 kita.




Saturday, December 17, 2011

GAMBAR IBU YANG SENTIASA MEMBAWA ANAKNYA KE TEMPAT KERJA

Sejak September 2010 lalu, anggota parlimen Eropah dari Itali, Licia Ronzulli membawa anaknya ke tempat kerja. Si anak pun ikut hadir di sidang-sidang penting parlemen Eropah, saat ibunya harus memberi ucapan. Lihat foto-fotonya..








Sanggup ke kita ibu-ibu di Malaysia buat macam ni...sanggup kalau dasar kerajaan kita membenarkan, sapa sokong?

ARIF ALFIAN ROSLI, HILANG DI DUBLIN, RUPA2NYA MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN SEJENIS


SIAPA ARIF ALFIAN?
Merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.Ariff Alfian (28 tahun) cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

Ariff mengikuti pengajian praklinikal dari 2003-2005 seterusnya klinikal (2005-2008). Sehingga 2008 masih belum menamatkan pengajian dan perlu menyambung beberapa semester lagi.Malangnya Petronas enggan menambah tajaan 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup .Ariff enggan menyambung pengajian di Malaysia kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan Ariff dan bapanya terjejas. Petronas pula menuntut lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.

ariff alfian rosli
Nampaknya apa yang ditakuti oleh ayah Ariff iaitu anaknya terlibat dengan pergaulan bebas menjadi kenyataan. Ini sangat mengecewakan dan pastinya memberikan impak kuat kepada ibu dan ayah Ariff. Untuk makluman, pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.
ariff alfian rosli
Sama-sama kita doakan agar Ariff Alfian Rosli menyedari yang ramai rakyat Malaysia mengetahui berita perkahwinan sejenisnya dan mahukan dia kembali ke pangkal jalan. Kepada keluarga Ariff, harap anda bersabar dengan dugaan hebat ini. Harap-harap semuanya akan kembali seperti biasa. Amin.Doa senjata orang beriman.

Berikut adalah gambar2 Ariff yang segak berbaju melayu bertanjak bagai nak rak dengan Jonathan ketika mengangkat sumpah perkahwinan. Mungkin under Civil Partnership kat Ireland kot.


ariff alfian rosli 

Saya percaya Arif Alfian memang pelajar kategori cerdik kerana mendapat tajaan Petronas sebab bukan senang nak dapat kan. Bila difikir2 balik kenapa gejala Gay boleh menular di kalangan pelajar2 cerdik sedangkan mereka dikurniakan akal yang lebih baik untuk menilai baik buruknya sesuatu perkara tu.

Dan saya amat pasti si Arif ni bekas pelajar cemerlang dan pernah tinggal di asrama. Kementerian Pelajaran perlu berbuat sesuatu kerana saya percaya dan amat yakin gejala gay ini sudah menular dan semakin berleluasa di kalangan pelajar SBP/MRSM dan lain2. Ibu bapa yang anaknya berada di sekolah kategori tersebut tentu tidak akan menyangka sama sekali anak mereka akan terjebak dengan budaya Gay @ Lesbian.Anak yang kita nampak macho di rumah tapi rupa2nya di asrama berlainan pula karektornya.

Kementerian perlu buat kaji selidik dan siasatan tentang perkara ini dengan secepat mungkin bagi membenteras gejala Gay terus menular dan perlu mencari punca faktor gejala ini merebak di kalangan pelajar cerdik pandai. Ni lah susahnya kalau terlebih cerdik hingga menyusahkan ibu bapa dan orang lain.Ni yang kita bimbang, budaya exam oriented melahirkan pelajar2 sebegini. Inilah golongannya yang bila masuk ke alam pekerjaan akan mencambahkan rasuah kolar biru, penyelewengan dan lain2 lagi sebab mereka hanya cerdik tapi tipisnya iman di dada.Nau'zubillah....

Ibu bapa semakin bimbang untuk menghantar anak ke asrama penuh atau mana2 sekolah yg bagus2 kerana faktor ini. Bertindaklah dari sekarang, sebelum bertampah parah. Ibu bapa yang anaknya berada di asrama perlu lebih sensiif dengan perubahan tingkah laku anak dan kena selalu jadi spy, siasat apa yang anak kita layari di internet dan apa yang dilakukannya di bilik hingga tidak keluar seharian. 

Saya akan cuba kupas lagi isu ini dengan cuba mencari maklumat sebanyak mungkin dan yang pastinya marilah kita sama2 hapuskan han hindari warisan tingkah laku keji kaum Nabi Luth a.s ini.Kita sama2 ada anak yang suatu hari nanti pasti akan tinggal di asrama @ rumah sewa sewaktu melanjutkan pelajaran dan kita sama sekali tidak mahu perkara ini berlaku kepada anak yang telah kita didik dengan baik sejak kecil.  

Sama-samalah kita doakan agar Arif Alfian kembali ke pangkal jalan dan kepada ibu bapanya jangan putus asa dan berusahalah agar Arif kembali ke pangkuan keluarga dan yang paling utama kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T, insyaallah.


Thursday, December 15, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 SBP 2012

Assalamualaikum....
Makluman kepada ibu bapa yang anaknya ada memohon ke SBP bagi tahun 2012 boleh la menyemak status permohonan anak di sini.
Semakan Keputusan kemasukan Tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh kini boleh di buat mulai 14 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012.

Untuk membuat semakan bolehlah ke link di bawah ini:-


All the best! 
Bagi yang berjaya, tahniah umisaiber ucapkan, bagi yang gagal, ini bukan pengakhiran, ta[i permulaan untuk lebih berjaya di masa akan datang ye!

Saturday, December 10, 2011

GAMBAR GERHANA BULAN 10/12/11 (SABTU)

Dari pukul 7.30 pm lagi anak2 sibuk keluar masuk rumah nak tengok gerhana bulan penuh. Maklumle peristiwa jarang berlaku. Ambik pic pakai kameradigital biasa gambar tak clear langsung, guna handset pun sama, akhirnya google dapat le cari gambar gerhana malam ni.

Lepas tu jenuh pulak nak menjawab soalan cepu mas dia orang,

" umi! gerhana bulan tu apa?"

"Kenapa jadi gerhana bulan umi?"

" Nak Kiamat ke umi?"

" Kenapa kena sembahyang sunat gerhana umi?"

Alahai pusing2...dengar soalan2 ni,sebab umi dia pun sebenarnya tak berapa tahu secara ditir pasal gerhana bulan ni. 

Google le lagi...akhirnya jawapan bagi soalan dia orang:

GERHANA BULAN
Semasa pergerakan bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala terpaksa melalui depan Matahari. Pada ketika itu bahagian gelap Bulan berputar ke arah bumi, sebagaimana ditunjukkan di dalam gambarajah; dan oleh kerana bahagian ini tidak memancar, Bulan tidak kelihatan. Ketika mana ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia melindungi sebahagian permukaan matahari,
Semasa peredaran bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala mesti melintas di hadapan Matahari. Pada ketika itu, bahagian gelap bulan menghadap ke arah bumi, dan disebabkan bahagian ini tdak membalikkan cahaya, bulan tidak dapat dilihat. Ketika ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia menutup sebahagian permukaan Matahari, bayangan berbentuk gigitan kelihatan pada permukaan Matahari, dan ia bertambah besar ketika gerhana berterusan. Sekiranya Bulan menutup Matahari sepenuhnya, gerhana penuh berlaku dan atmosfera Matahari kelihatan seketika dengan gambaran mengkagumkan.
Biasanya ia mustahil untuk melihat atmosphera Matahari dengan mata kasar atau dengan teleskop biasa, kerana ia ditenggelami oleh silauan Matahari itu sendiri. Bagaimanapun, apabila Bulan bertindak sebagai tabir, gambaran sepenuhnya terdedah—gas bak kilauan permata yang memancar yang dikenali sebagai korona, dan juga suar merah menyala yang menjulang dari permukaan suria. Kesemua gerhana penuh berlaku dalam tempoh skitar lapan minit. Sebaik sahaja sebahagian daripada bahagian matahari keluar, korona dan julangan tersebut tenggelam; dan Bulan bergerak tenang dalam peredarannya, dan gerhana pun tamat.
Walaupun orang-orang Cina mempercayai bahawa seekor naga sedang cuba menelan matahari, dan mereka perlu menghalau naga tersebut dengan menjerit, memukul gong, dan periuk bagi membuat bising, mereka tahu bahawa setiap gerhana akan diikuti oleh gerhana berikutnya setiap lapan belas tahun dan sebelas hari kemudian, dan dengan mengira dengan menggunakan tempoh Soros mereka boleh bersedia. Kadang kala kesilapan berlaku, dan terdapat satu kisah mashyur mengenai dua orang pakar astronomi istana malang, Hsi dan Ho, yang dihukum bunuh kerana gagal menjangka gerhana matahari. Ia mungkin sekadar lagenda, tetapi tidak dipertikaikan lagi bahawa ramalan gerhana telah dibuat oleh manusia yang hidup 4,000 tahun dahulu.


 
 
 
 
 

REBUT PELUANG SOLAT SUNAT GERHANA MALAM INI.

FENOMENA gerhana bulan penuh yang akan disaksikan malam ini bermula jam 7.30 malam pasti ada kelebihan padanya dan kita disarankan merebut peluang yang datang untuk meningkatkan ketakwaan serta mendekatkan diri kepada Allah.
Seperti kebiasaan, Masjid Negara dan masjid serta surau di kebanyakan tempat menganjurkan solat sunat gerhana bulan yang diikuti dengan khutbah untuk mengajak umat Islam menghargai kesempatan diberi Allah melihat akan kekuasaan-Nya.
Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni, berkata solat sunat gerhana bulan adalah sunat muakad, amalan sunat yang sangat dituntut sempena berlakunya peristiwa yang jarang-jarang sekali terjadi.
Justeru, katanya, kesempatan melihat sendiri fenomena yang boleh melahirkan rasa takjub terhadap kekuasaan Allah itu dihidupkan dengan menunaikan solat sunat secara berjemaah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tidak dinafikan jika dulu apabila berlaku gerhana bulan, ada yang melakukan perkara khurafat atau amalan bertentangan syarak tetapi kini fahaman itu tidak ada lagi. Oleh itu, sebaiknya apabila melihat fenomena yang jarang berlaku ini kita mengambil hikmah serta pengajaran daripadanya.
Apabila dikatakan bulan gerhana, bermakna bulan sakit dan sepatutnya keadaan itu mengingatkan kita kedudukan dunia yang semakin tua atau menghampiri kiamat. Walaupun kita tidak tahu bila berlakunya kiamat, persediaan mesti dibuat secara berterusan, katanya.
Beliau berkata, peluang yang diberikan kepada manusia termasuk melihat perubahan atau pergerakan cakerawala boleh mendorong mereka memikirkan keajaiban yang berlaku serta kepentingannya dalam kehidupan di dunia ini.
Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada Jun lalu. Gerhana bulan penuh yang akan berlaku malam ini sudah menepati jangkaan ia akan berlaku sekali lagi pada Disember ini.
Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik saja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Jika gerhana yang lalu berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.
Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.