59 remaja lelaki, dan 6 remaja perempuan ditahan pihak berkuasa Aceh, ketika sedang menyertai sebuah konsert muzik PUNK yang diadakan di Banda Aceh. Ramai diantara remaja tersebut berasal dari luar Aceh dan datang kesana semata-mata untuk ke konsert itu.
Dikatakan juga, motif konsert itu adalah sebenarnya untuk mengumpul dana untuk di disampaikan kepada rumah anak yatim.
Mereka ini kemudiannya ‘dibersihkan’ oleh pihak berkenaan dengan ditanggalkan segala aksesori dan perhiasan seperti rantai, gelang tangan, rantai leher dan kemudiannya dibotakkan beramai-ramai.
Mereka ini kemudiannya dihumban kedalam sungai beramai-ramai untuk dimandikan dan dibersihkan kononnya sebagai upacara men-suci-kan semula perangai mereka itu yang terlalu menjijikkan dengan amalan Punk Rock.
Kemudian, mereka ini akan di’sekolahkan’ semula oleh pihak berkuasa, dimasukkan ke sekolah polis untuk dididik semula dengan ajaran yang benar dan berdasarkan Islam.
Sepanjang 10 hari dalam ‘tahanan sekolah’ itu mereka akan dididik dari segi mental dan spiritual. Diajar dengan nilai-nilai murni Islamik, dan juga diajar untuk bersolat.
Hanya selepas 10 hari itu sahaja mereka akan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Amboi, bukan main ketat lagi undang-undang pihak berkuasa di Aceh. Untuk makluman, pentadbiran di Aceh adalah berlainan dengan wilayah lain di Indonesia atas desakan pemimpin Islam Aceh ketika pergolakan pada tahun 2005 di wilayah itu.
Sepatutnya Kerajaan malaysia pun kena ambil tindakan yang sama terhadap remaja yang ditangkap menganjurkan program berbentuk seperti ini. Di mana2 kita dapat lihat golongan punk, Black Metal dan lain2 di negara kita. Yang paling menakutkan, golongan ini berpengaruh untuk merosakkan akidah remaja kita.
Sama-sama kita cuba membenteras masalah ini dari terus berleluasa, tapi siapalah kita yang tidak mempunyai kuasa ini dibandingkan dengan tindakan oleh kerajaan sendiri.
Jika kita sayang anak bangsa kita marilah kita hapuskan pemikiran Black Metal, Punk dari minda belia2 kita.
No comments:
Post a Comment