Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan
Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat
(lean civil service),kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti,
Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan
Awam secara tersusun.
Awam secara tersusun.
3. pengekalan prinsip-prinsip saraan
yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar
upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk
individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk
kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan
untuk kerja mengikut prestasi;
4. pembentukan hierarki Perkhidmatan
Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier,
Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;
5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji
Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian
prestasi;
Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian
prestasi;
6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan
Pelaksana;
Pelaksana;
7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk
merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz
Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara
agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan
(realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing),
perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian
semakan skim perkhidmatan (revision);
8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan
Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert
dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
10. pemberian peningkatan gred gaji yang
setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan
kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu
Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;
Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;
12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi
membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program Skills Malaysia;
membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program Skills Malaysia;
13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian
elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada
ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran
Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan,
Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan
Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
15. pemansuhan dasar pelepasan dengan
izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat
mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit
Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang
memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup
berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011
Putrajaya
7 Disember 2011
No comments:
Post a Comment