GOL NAZMI FAIZ KETUJUH TERBAIK DUNIA! |
Biarpun skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain
dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu
jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor
tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini. Berdasarkan
maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati
Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak
gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.
Koleksi Gambar Nazmi Faiz
Tambah manis, dia menjadi pemain termuda
yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini
biarpun baru berusia 17 tahun. Karier perjalanan Nazmi bermula dengan
bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah
Liga Perdana musim 2011. Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary
Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad
bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.
Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang
beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam.
Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila
membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi
di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria
dan Bahrain. Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi
pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan
penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain
yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara
publisiti yang melampau. Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan
terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas
berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.
Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:
1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)

No comments:
Post a Comment