Dari pukul 7.30 pm lagi anak2 sibuk keluar masuk rumah nak tengok gerhana bulan penuh. Maklumle peristiwa jarang berlaku. Ambik pic pakai kameradigital biasa gambar tak clear langsung, guna handset pun sama, akhirnya google dapat le cari gambar gerhana malam ni.
Lepas tu jenuh pulak nak menjawab soalan cepu mas dia orang,
" umi! gerhana bulan tu apa?"
"Kenapa jadi gerhana bulan umi?"
" Nak Kiamat ke umi?"
" Kenapa kena sembahyang sunat gerhana umi?"
Alahai pusing2...dengar soalan2 ni,sebab umi dia pun sebenarnya tak berapa tahu secara ditir pasal gerhana bulan ni.
Google le lagi...akhirnya jawapan bagi soalan dia orang:
GERHANA BULAN
Semasa pergerakan bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala terpaksa melalui depan Matahari.
Pada ketika itu bahagian gelap Bulan berputar ke arah bumi, sebagaimana
ditunjukkan di dalam gambarajah; dan oleh kerana bahagian ini tidak
memancar, Bulan tidak kelihatan. Ketika mana ia bergerak antara Bumi dan
Matahari, ia melindungi sebahagian permukaan matahari,
Semasa
peredaran bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala mesti
melintas di hadapan Matahari. Pada ketika itu, bahagian gelap bulan
menghadap ke arah bumi, dan disebabkan bahagian ini tdak membalikkan
cahaya, bulan tidak dapat dilihat. Ketika ia bergerak antara Bumi dan
Matahari, ia menutup sebahagian permukaan Matahari,
bayangan berbentuk gigitan kelihatan pada permukaan Matahari, dan ia
bertambah besar ketika gerhana berterusan. Sekiranya Bulan menutup
Matahari sepenuhnya, gerhana penuh berlaku dan atmosfera Matahari
kelihatan seketika dengan gambaran mengkagumkan.
Biasanya
ia mustahil untuk melihat atmosphera Matahari dengan mata kasar atau
dengan teleskop biasa, kerana ia ditenggelami oleh silauan Matahari itu
sendiri. Bagaimanapun, apabila Bulan bertindak sebagai tabir, gambaran
sepenuhnya terdedah—gas bak kilauan permata yang memancar yang dikenali
sebagai korona,
dan juga suar merah menyala yang menjulang dari permukaan suria.
Kesemua gerhana penuh berlaku dalam tempoh skitar lapan minit. Sebaik
sahaja sebahagian daripada bahagian matahari keluar, korona dan julangan
tersebut tenggelam; dan Bulan bergerak tenang dalam peredarannya, dan
gerhana pun tamat.
Walaupun
orang-orang Cina mempercayai bahawa seekor naga sedang cuba menelan
matahari, dan mereka perlu menghalau naga tersebut dengan menjerit,
memukul gong,
dan periuk bagi membuat bising, mereka tahu bahawa setiap gerhana akan
diikuti oleh gerhana berikutnya setiap lapan belas tahun dan sebelas
hari kemudian, dan dengan mengira dengan menggunakan tempoh Soros mereka
boleh bersedia. Kadang kala kesilapan berlaku, dan terdapat satu kisah
mashyur mengenai dua orang pakar astronomi istana malang, Hsi dan Ho,
yang dihukum bunuh kerana gagal menjangka gerhana matahari. Ia mungkin
sekadar lagenda, tetapi tidak dipertikaikan lagi bahawa ramalan gerhana
telah dibuat oleh manusia yang hidup 4,000 tahun dahulu.
FENOMENA gerhana bulan penuh yang akan disaksikan malam ini bermula
jam 7.30 malam pasti ada kelebihan padanya dan kita disarankan merebut
peluang yang datang untuk meningkatkan ketakwaan serta mendekatkan diri
kepada Allah.
Seperti kebiasaan, Masjid Negara dan masjid serta surau di kebanyakan
tempat menganjurkan solat sunat gerhana bulan yang diikuti dengan
khutbah untuk mengajak umat Islam menghargai kesempatan diberi Allah
melihat akan kekuasaan-Nya.
Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni, berkata
solat sunat gerhana bulan adalah sunat muakad, amalan sunat yang sangat
dituntut sempena berlakunya peristiwa yang jarang-jarang sekali terjadi.
Justeru, katanya, kesempatan melihat sendiri fenomena yang boleh
melahirkan rasa takjub terhadap kekuasaan Allah itu dihidupkan dengan
menunaikan solat sunat secara berjemaah mengikut sunnah Nabi Muhammad
SAW.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya matahari dan
bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana
dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat
(tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka
dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tidak dinafikan jika dulu apabila berlaku gerhana bulan, ada yang
melakukan perkara khurafat atau amalan bertentangan syarak tetapi kini
fahaman itu tidak ada lagi. Oleh itu, sebaiknya apabila melihat fenomena
yang jarang berlaku ini kita mengambil hikmah serta pengajaran
daripadanya.
Apabila dikatakan bulan gerhana, bermakna bulan sakit dan sepatutnya
keadaan itu mengingatkan kita kedudukan dunia yang semakin tua atau
menghampiri kiamat. Walaupun kita tidak tahu bila berlakunya kiamat,
persediaan mesti dibuat secara berterusan, katanya.
Beliau berkata, peluang yang diberikan kepada manusia termasuk melihat perubahan atau pergerakan cakerawala boleh mendorong mereka memikirkan keajaiban yang berlaku serta kepentingannya dalam kehidupan di dunia ini.
Beliau berkata, peluang yang diberikan kepada manusia termasuk melihat perubahan atau pergerakan cakerawala boleh mendorong mereka memikirkan keajaiban yang berlaku serta kepentingannya dalam kehidupan di dunia ini.
Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan
fenomena gerhana seperti ini ialah pada Jun lalu. Gerhana bulan penuh
yang akan berlaku malam ini sudah menepati jangkaan ia akan berlaku
sekali lagi pada Disember ini.
Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik saja
matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Jika
gerhana yang lalu berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit
keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan
mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila
bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap,
dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu
sekitar jam 8.30 malam.
Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana
penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan
keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah
malam.
No comments:
Post a Comment