Salam, akhirnya teka-teki mengenai
bentuk pembaharuan yang terkandung dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan
Awam (SBPA) sudahpun terjawab apabila pekeliling mengenainya dikeluarkan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), saya kongsikan dibawah ini Tangga Gaji
Baru 2011 SBPA – Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam untuk
rujukan bersama.
Untuk makluman, kot-kot ada yang tak
tahu, SPBA akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari 2012 nanti, dan
berdasarkan pekeliling terbaru SPBA ini, pembaharuan yang dilakukan
tersebut selari dengan agenda transformasi negara yang memberi cabaran
kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti, setimpal dengan
pemberian gaji dan imbuhan kerajaan.
So lepas ni harapnya kakitangan swasta
dapat meningkatkan lagi tahap produktiviti mereka, suka saya memetik
laporan berita harian dibawah ini :-
Harapan kita dan
rakyat seluruhnya apabila SBPA dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari
ini, ia bakal menerbitkan sinar harapan kepada seluruh rakyat untuk
melihat matlamat mentransformasikan perkhidmatan awam negara supaya
menjadi lebih dinamik, responsif dan berasaskan prestasi akan berjaya. Sudah
sampai masa kakitangan awam memperbaiki kelemahan dan kebiasaan yang
merugikan produktiviti negara seperti tabiat gemar pergi minum pagi
terlalu lama atau kerap ghaib dari pejabat. <– Siapalah tu, hihihi.
Ok dalam Skim kenaikan gaji (SBPA)
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam pula, semua kenaikan pangkat tidak
lagi bergantung pada kekosongan jawatan tetapi ianya bergantung kepada
tahap prestasi dan kelayakan sesorang penjawat.
No comments:
Post a Comment