Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang
mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz
tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang
isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah
menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada
waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca
dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan
seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang
sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya
…tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik
budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini..
segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum
bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang
saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada
isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya
akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup
aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi
kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada
anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg
amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya
selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan
kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun
rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya
tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci
saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu
saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra
dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan
makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar
mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak
pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di
pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg
menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan
mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan
melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin
bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk
saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di
dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya
tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng
khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran
nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya
habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan
harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya
dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya
kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan
yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila
keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama
saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan
balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya
terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya
saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak
berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia
sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada
rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan
saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya
mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah
malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan
mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang
kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan
sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak
tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan
saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya
kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan
selera saya. Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit
tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu…
datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi
lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak
mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami
diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya
suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada
saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa
besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya
…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa
saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan
..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh
sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak
bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana
terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu
sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin
teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis
sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya
lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama
maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan
abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak
yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di
masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya
belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak
berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah
abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati
abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya
menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa
menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya
suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan
sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia
meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana
masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu
kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup
pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia
tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya
menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua
minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya
selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah
hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg
pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah
Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan
serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan
Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya
terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan
akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan
solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan
insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan
nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya
dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya
tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu
itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis
“Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya
senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan
bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari
kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika
tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga
diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya
meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri
saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia
tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya
ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri
anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah
terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak
sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Kredit :http://www.informasi.my
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Kredit :http://www.informasi.my
No comments:
Post a Comment