Sebagai agen jual beli emas, saya selalu ditanya oleh sahabat2 soalan2 berikut :
- Boleh tak nak book dulu harga sekarang, tapi nanti ada duit saya bayar.
- Boleh tak nak beli barang ni, tapi bayar 2,3 kali.
- Boleh hutang tak?
Saya faham bahawa emas barang yang mudah terpalit dengan unsur2 ribawi kerana nilainya yang tinggi, kadang kala kita tersepit dengan kehendak pelanggan2 dan takut disalahtafsir sebagai orang yang berkira jika tidak membenarkan pembayaran secara ansuran oleh mereka. Sekian lama tercari2 maklumat berkaitan masalah ini, akhirnya dengan bantuan Mr Google, akhirnya hari ini saya jumpa artikel di website http://www.majalahniaga.com/7-soalan-popular-mengenai-jual-beli-emas.html tentang permasalahan tersebut yang ditulis oleh :
Suzardi Maulan {Pakdi} adalah seorang Islamic Financial Planner (IFP)
tm, dapatkan buku pertama beliau Rancang Wang Dari Sekarang terbitan PTS
Professional Publishing Sdn Bhd di kedai-kedai buku berhampiran. Mudah +
Islami!
7 PERSOALAN POPULAR TERSEBUT YANG DIJAWAB OLEH PAK DI ( GELARAN SAUDARA SUZARDI MAULAN ).
Isu pelaburan emas kini menjadi isu hangat yang sering diperdebatkan oleh pelbagai individu.
Dalam artikel kali ini, Tuan Suzardi Maulan (Pak Di), iaitu penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang akan menjawab 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.
Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:
#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan
dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam
Islam?
Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
- Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
- Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah
dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan
bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank,
pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A.
Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi
B berlaku secara tunai.
2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian
dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan?
Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g.
Adakah ini perbuatan riba?
Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara
umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami
adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.
#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam
mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung
dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.
Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.
Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang
ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat
disahkan akaun pelaburan emas yang halal.
#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan
dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau
tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.
#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat
ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam
Islam?
Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang
mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan
gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.
Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu
menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.
Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika
berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan
masalah yang besar.
#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai.
Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas
sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti
memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.
Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila
selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan
emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa
tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.
#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?
Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma
satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan bersetuju menjadikan harga
tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat
tersebut.
Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas
sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua
pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih
tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.
Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga,
maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit
bagi memenuhi syarat qabadh.
Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah RIBA.
Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya
pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli
berlaku.
Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal,
maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak
perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas
pada transaksi online itu berlaku.
Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.
Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex yang kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.
Terima kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat digunakan untuk situasi jual beli perak dan juga matawang.
Harapan saya agar artikel ini dapat membantu membersihkan urusan jual beli emas kita agar terhindar dari unsur2 riba, Insyaallah...
No comments:
Post a Comment