Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Tuesday, October 4, 2011

CARA MUDAH MERAMAL KENAIKAN EMAS

Bila harga emas jatuh, tak ramai yang beli emas sebab takut harga emas turun lagi. Mereka akan wait and see. Bila harga emas naik, ramailah yang kelam kabut beli emas sebab takut harga emas naik lagi. Itulah yang saya perhati. Kalau tanya dealer emas otai yang lain pun, saya yakin, mereka pun setuju tentang 'perangai' pembeli-pembeli emas ni. Lebih ramai yang beli bila harga naik memuncak berbanding harga turun rendah.

Beli Masa Harga Emas Tak Begitu 'Seksi'


Lepas nak dekat setahun perhati turun naik harga emas, saya nampak antara masa yang agak baik untuk tambahkan lagi simpanan emas fizikal ialah masa harga 'statik'. Naik tak, turun pun tak. Sebabnya, bila trend macam ni, harga emas akan melonjak pada bila-bila masa.


Saya pernah beli 3 keping gold bar 20 gram dengan harga RM3,150 daripada customer yang nak tolak balik. Masa tu, harga emas tak begitu 'seksi'. Tak ramai yang berminat. Nak tolak harga diskaun 6% pun tak ada orang nak beli. Masa tu, ramai orang jual terus pada Public Gold sebab tak dapat buyer. Tapi dua minggu lepas tu, harga emas terus melonjak ke RM3,400! Saya untung 8% dalam masa dua minggu sahaja!
Cara Mengukur Potensi Kenaikan Harga

Saya nak kongsikan cara mudah nak tengok potensi kenaikan harga emas iaitu cuba cek berapa harga tertinggi ia pernah capai. Katakanlah harga gold bar Public Gold 20g pernah cecah RM4,000, tapi harga sekarang ialah RM3,700. Maksudnya, kalau beli pada harga RM3,700, anda akan untung RM300 (4,000 - 3,700)! Sebabnya, perangai harga emas ialah bila ia cecah ke puncak tertinggi, ia akan turun sekejap sebelum mendaki balik ke puncak tertinggi yang baru.

Kalau harga semasa RM3,700, ia akan naik balik kepada RM4,000 nanti. Cuma waktunya yang kita perlu tunggu. Mungkin sebulan dua. Mungkin 3, 4 bulan dan mungkin juga 8 atau 9 bulan seperti tahun 2008! Lagi jauh beza harga semasa dengan harga tertinggi yang ia pernah capai, maksudnya lagi tinggi potensinya akan naik balik.

Jangan Tunggu Harga Paling Rendah

Fenomena ni berlaku sebab bila harga emas memuncak, ramai penyimpan lama akan jual untuk dapat untung. So, harga emas akan turun sekejap sebelum naik ke puncak baru. Bila harga emas turun, orang akan beli balik dan harga emas makin naik, naik, dan naik. Maksudnya, turun dan naik tu fenomena biasa. Jangan risau. Memang mustahil harga naik tapi tak turun-turun. Yang naik, mesti akan turun cumanya, trend harga emas lebih banyak menaik daripada turun sejak tahun 2001 lagi. Saya percaya, trend ni akan berterusan sehingga 10 tahun lagi berdasarkan sejarah emas 1960 - 1980 (20 tahun).

So, kalau nak tambahkan lagi simpanan emas, jangan tunggu harga emas paling rendah. Agak-agak dah rendah dari harga yang pernah capai sebelum ni, beli jer. Jangan tunggu-tunggu sebab tak siapa tahu "how low is low". Ramai kawan saya yang tunggu harga paling rendah baru nak beli tapi akhirnya terpaksa beli pada harga yang lebih tinggi! Itulah yang saya perhati.

4 Faktor Tak Rugi Simpan Emas


Walauapapun, saya berpegang kepada 4 perkara iaitu:
  • Harga emas akan naik dalam jangka panjang. Harga turun naik dalam jangka pendek tu adalah biasa. Tak lojik kalau harga naik tapi tak turun-turun.
  • Emas adalah duit sebenar. Daripada simpan kertas (duit 'palsu'), lebih baik simpan emas (duit sebenar).
  • Harga barang naik, harga emas turut sama naik. Orang simpan emas, akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya.
  • Harga emas tak akan jatuh lingkup macam saham. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap sebab simpan duit kertas. So, yang mana lebih 'secure' sebenarnya?
     
    Kredit:
    http://www.mohdzulkifli.com
     

No comments:

Post a Comment