Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Wednesday, October 5, 2011

KEBURUKAN BELI JONGKONG EMAS DI KEDAI EMAS.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap anda semua sihat sejahtera.

Kali ini saya ingin bercerita tentang keburukan membeli jongkong emas di kedai emas. Kalau boleh peristiwa ini kan menjadi pengajaran untuk kita semua. Ianya adalah kisah seorang perlanggan jongkong emas..Tak perlulah saya sebut namanya…. ini kisahnya
Kisah sedih nie…
Untuk pengetahuan anda, kedai emas ada menjual gold bar. Sebagai contoh:
1. Habib Jewel – Menjual PAMP Suisse (certificate pink) & Lady Fortuna
2. Kedai Emas biasa – PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna – dalam plastik biru)
3. Poh Kong – Menjual Bunga Raya Gold Bar.
Saya sendiri telah membeli 3 ketul PAMP Suisse (Lady Fortuna) dengan Kedai Emas Poh Win Melaka

Pada waktu tu, memang gembira rasa hatiku…

PAMP Suisse saya – Lady Fortuna
Namun setelah dibuat kajian mendalam, saya dapati membeli emas kat kedai emas ini lebih banyak kelemahannya.
Antaranya kelemahan ialah:
1. Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa (ikut harga FGJAM)
2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi
3. Tak boleh bukak plastik cover, kalau kita buka cover plastik tersebut
maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai.
Kisah Lady Fortuna yang dibuka.
Untuk pengetahuan anda semua, beliau telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady Fortuna tersebut.
Kena pakai pisau.

Kena toreh dengan pisau. Plastiknya keras.
Bukan seketul, tapi ketiga-tiganya beliau buka :
ehehe.. PAMP Suisse Lady Fortuna yang telah dibuka.
Sebabnya beliau nak pergi gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat, dapat duit then invest balik dengan membeli lebih banyak emas.
Kemudian, beliau pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:
1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?
Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)
“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?””saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win”
“I see… jadi you all akan tolak 18% la…
“Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…
Pergh… bukak plastik saja kena potong 18%
Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)
Kemudian beliau pergi ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…
“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?””saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”
“Aiya! apasal banyak sangat” saya tanya. Terkejut beruk dibuatnya …
“Ooo… kalau bukak plastik kita kira used gold” jawab sales girl…
Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira used gold.
Lepas tu kena tolak 25% dari harga semasa.
Beliau merasa menyesal beli emas kat diorang nie.
Kes Gold Bar Poh Kong Bunga Raya.

Gold Bar Bunga Raya – tak boleh buka.
Isnin 16/3/2009 – beliau pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri… jadi waktu isteri beliau dok tengah pilih gelang, beliau tanya sales girl pasal gold bar Bunga Raya.
Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram (harga RM2600)
“Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong?” beliau bertanya
“Oh.. ini potong dalam 11.5% encik..” jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar.
“Kalau saya buka plastik nie macammana.. u all akan ambil balik tak?” beliau tanya sales girl tu..
“Oooo.. kalau buka plasik nie kita kira used gold.. akan tolak 25%”
Hati kecil beliau berkata .. “Buka plastik cover yang tak bernilai tu boleh menyebabkan susutnilai emas daripada 11.5% kepada 25%”
Rugi betul.
Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…
Kalau tak boleh bukak plastik cover emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan test emas anda. Memang kena buka cover plastik tu…
Namun, kalau dibuka plastik cover tu, diorang kira sebagai emas terpakai. Bertambah lagi potongan yang dikenakan.
Apakah penyelesaian kepada masalah ini?
Tepuk dada...tanya selera..
catatan daripada web jutawanemas.com

2 comments: