Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Sunday, November 20, 2011

PERGI HAJI GUNA 1 DINAR 916 PUBLIC GOLD

PERBANDINGAN KOS HAJI DENGAN DUIT FIAT DAN DINAR EMAS PG

TAHUN 2009, 1 DINAR PG HARGANYA RM476, KOS HAJI RM9980.00
>> PERLU BELI DAN SIMPAN 21 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG)
>> GUNA DUIT FIAT, DAPAT PERGI SORANG SAHAJA
>> GUNA DINAR, JUGA DAPAT PERGI SEORANG KETIKA INI

TAHUN 2010, 1 DINAR PG HARGANYA RM590, KOS HAJI RM9980.00
>> PERLU BELI DAN SIMPAN 17 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG)
>> DAN ADA HARAPAN UNTUK TAMBAH SORANG LAGI KALAU MULAKAN SIMPANAN 1 DINAR MULAI TAHUN 2009
>> GUNA DUIT FIAT, DAPAT PERGI SORANG SAHAJA JUGAK

TAHUN 2011, 1 DINAR PG HARGANYA RM813, KOS HAJI RM9980.00
>> PERLU BELI DAN SIMPAN 13 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG)
>> DAN DAH HAMPIR BERJAYA UNTUK PERGI BERDUA JIKA MULAKAN SIMPANAN 1 DINAR MULAI TAHUN 2009
>> GUNA DUIT FIAT, MASIH KENA PERGI SORANG-SORANG AJE KE MEKAH!

TAHUN 2012, 1 DINAR PG HARGANYA RM???, KOS HAJI RM????.??
>> MUNGKINKAH DAPAT PERGI 4 ORANG? DENGAN JUMLAH SIMPANAN DINAR YANG SAMA?

JUMLAH DINAR YG SAMA, TAPI NILAI HARGANYA YANG BERBEZA SETIAP TAHUN!
FIKIR2KANLAH...
TEPUK KEPALA, TANYA SAMA IMAN...OK!
 
RINGKASANNYA:
Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar
Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar
Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar
Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar
Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar
Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar
Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar
Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar
Tahun 2010 - 1 Dinar = RM 645.00, perlu 15 Dinar
Tahun 2011 - 1 Dinar = RM 790.00, perlu 12 Dinar
Tahun 2012 - 1 Dinar = RM ???.00, perlu ?? Dinar
MAKSUDNYA, KALAU DULU SIMPAN 1 DINAR BOLEH PERGI 1 ORANG, MAYBE SEKARANG DAH BOLEH PERGI 3 / 4 ORANG ATAU LEBIH...WOW...ILMU..ILMU..ILMU..
 
KREDIT:http://tokey-emas999.blogspot.com


Saturday, November 19, 2011

PENDERITAAN WARGA SOMALIA...



Kesian kan...memang tak boleh tengok gambar2 ni, kita sepatutnya bersyukur lahir di bumi Malaysia yang aman damai dan stabil dari segi ekonomi, politik, sosial dll.


Kehidupan tidak menjanjikan kemanisan berpanjangan.Dalam erti kata lain, tiada perkataan manis dalam kamus kehidupan mereka. Seumpama gurun sahara, dengan titisan hujan yang tidak menentu, kegersangan padang pasir menyukarkan pertanian serta ternakan untuk memberikan erti kebahagian kepada keluarga Somalia.
Disulitkan lagi kehidupan mereka dengan aktiviti – aktiviti penjana ekonomi yang amat minimum akibat persengketaan dalaman yang tiada hujungnya. Inilah Realiti Kehidupan yang sebenarnya. Tidak semua manusia di dunia ini berbahagia dengan makanan yang cukup rumah yang ada atapnya. Mari Kita Renungkan Bersama.

DOKTOR PALSU MENYUNTIK CAMPURAN SIMEN & GAM UNTUK IMPLAN PUNGGUNG


Seorang doktor palsu disyaki menyuntik bahagian punggung seseorang wanita dengan simen dan gam super untuk implan punggung supaya kelihatan montok. Seorang wanita yang telah menjalani prosedur ini tampil membuat aduan kerana nampaknya punggungnya kelihatan membesar tetapi bentuknya kelihatan agak tidak normal.
Doktor palsu ini menawarkan harga $700 untuk prosedur ini. polis berkata mangsa telah diberikan satu siri suntikan yang mengandungi simen, minyak mineral dan fix-A-Flat inflator tayar dan sealant.
Oneal Ron Morris telah ditangkap dan kini polis sedang menjalani siasatan kerana mereka bimbang ada mangsa lain yang telah melakukan prosedur ini. Ini kerana pada bulan februari lepas seorang gadis berusia 20tahun meninggal dunia akibat melakukan prosedur yang sama seperti yang dilakukan oleh doktor palsu ini… 

CARA MELETAK PASSWORD PADA MOZILLA FIREFOX, GOOGLE CHROME & INTERNET EXPLORER

SECARA umumnya kebanyakan pelayar web seperti Mozilla Firefox tidak mempunyai fungsi yang membolehkan kata laluan dikonfigurasikan untuk penggunaannya. Namun begitu terdapat cara yang boleh digunakan untuk membolehkan sesebuah pelayar web itu mempunyai kata laluan.

Kebanyakan pengguna memerlukan kata laluan tersebut untuk mengawal penggunaan pelayar web dalam melayari Internet. Ia juga digunakan untuk menjaga kerahsiaan privacy dalam penggunaan sesebuah program pelayar web tersebut. Dengan adanya kata laluan penggunaannya terkawal dan rahsia.
Bagi membolehkan sesebuah pelayar web mempunyai fungsi kata laluan, ia memerlukan pemasangan program komputer tertentu kepada pelayar web tersebut yang di kenali sebagai add on program. Di sini akan saya bincangkan beberapa pelayar web utama yang popular digunakan.
Bagi pelayar web Mozilla Firefox, boleh dipasang kepadanya program tambahan Master Password+. Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/master-password/.
Bagi pelayar web Google Chrome pula, boleh dipasang kepadanya program tambahan Simple Startup Password.
Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://chrome.google.com/webstore/detail/ojoalkffommhmdmbohjphohoejjmgepc.
Mungkin ada program tambahan lain yang boleh digunakan untuk fungsi kata laluan seperti Internet Lock dan lain-lain. Cara yang sama juga bagi program-program pelayar web yang lain.
Bagi pelayar web Internet Explorer pula, ia boleh dikonfigurasikan dengan kata laluan dengan pergi ke Tools > Internet Option > Content > Content Advisor > General. Seterusnya pergi ke ruangan Supervisor Password dan klik butang create. Seterusnya masukan kata laluan yang dikehendaki dan klik OK.
Sekiranya sesebuah komputer digunakan dalam persekitaran rangkaian dan Windows, boleh digunakan program untuk polisi komputer seperti Group Policy untuk mengawal penggunaan sesebuah pelayar web dengan menggunakan kata laluan.
Sumber: bharian

KOMPUTER DISERANG MALWARE, APA YANG PERLU DILAKUKAN?

 
Apabila berlakunya masalah jangkitan atau serangan Malware terhadap sesebuah komputer, sudah tentulah ia perlu dipulihkan kembali dengan memelihara keselamatan dan keadaan data yang ada di dalamnya.





Namun begitu, ada beberapa cara yang baik dalam mengendalikan masalah ini supaya proses baik pulih akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Berikut adalah cara-cara yang boleh diguna pakai dalam mengendalikan masalah ini.
1. Kenal pasti tahap ancaman Malware tersebut sama ada ia dikategorikan sebagai ancaman pada tahap rendah, sederhana atau tinggi.
Pada tahap ancaman yang rendah, kesan buruknya adalah jelas tetapi mudah untuk dibersihkan. Pada tahap ancaman yang sederhana, kesan buruknya juga adalah jelas tetapi memerlukan usaha yang lebih untuk membersihkannya.
Pada tahap ancaman tinggi, kesannya agak sukar untuk dilihat atau dikesan tetapi ia akan mencuri data yang terdapat dalam komputer tersebut.
Jadi, fokus haruslah diberikan kepada tanda-tanda ancaman Malware tersebut dan bagaimana langkah yang seterusnya perlu diambil untuk menanganinya.
2. Lakukan analisis terhadap fail-fail log bagi kesemua perisian keselamatan yang ada seperti Firewall, antivirus dan sebagainya.
Ini adalah untuk melihat sama ada berlaku perkaitan masalah Malware sedia ada dengan masalah-masalah Malware yang lepas.
3. Buat soal selidik kepada pengguna komputer tersebut atau kepada diri sendiri berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan terhadap komputer tersebut sebelum terjadinya masalah jangkitan Malware ini.
Sila catit kesemuanya jika perlu. Ini penting untuk melihat perkaitannya dengan masalahMalware yang dihadapi. Boleh juga melihat fail log komputer sekiranya ada.
4. Laksanakan baik pulih komputer yang dijangkiti dengan program-program tertentu dan sekiranya tidak boleh mencapainya, gunakanlah media lain seperti pemacu storan USB, CD, disket atau DVD.
Antara program komputer yang penting untuk buat baik pulih ini adalah seperti USB Dummy Protect (fungsi write protect), Super Anti-Spyware (Buang Malware) Malware Bytes AntiMalware(Buang Malware), SysInternals (Masalah Malware), EXEFIX_XP (Pulihkan masalah fail .exe dan shortcut), Sophos Rootkit Revealer (Masalah Malware), aswMBR (Masalah Malware), Kaspersky Rescue CD (Pakej lengkap untuk masalah Malware) dan lain-lain tools atau program baik pulih.


Perkara yang paling penting setelah itu adalah kemas kini perisian-perisian yang sedia ada dalam komputer itu termasuk sistem pengoperasian.
5. Buat pengrekodan terhadap semua dapatan yang telah diperolehi sama ada ia datang daripada soal selidik atau perlarian program komputer seperti masalah virus atau Malware, masalah vulnerability atau kelemahan pada sistem komputer, risiko-risiko yang berpotensi berlaku, perimeter-perimeter ancaman dan lain-lain.
Bagi melengkapkan pengrekodan ini, boleh rujuk kepada buku-buku panduan atau laman-laman web keselamatan seperti Microsoft Malware Protection CenterMcAfee Threat Intelligence dan lain-lain. Biasanya laman web perisian anti virus yang utama ada menyediakan maklumat-maklumat ini.
6. Akhir sekali, bolehlah dirangkakan atau membuat tambahan kepada panduan keselamatan dan polisi keselamatan terhadap penggunaan komputer bagi mencegah berlakunya masalah jangkitan Malware ini sekali lagi di masa hadapan. Ini dapat mendidik sesiapa sahaja untuk penggunaan komputer yang selamat dan betul.
Proses pencegahan perlu dibuat tetapi ia tidak dapat menghalang secara total masalah jangkitan Malware ini. Perkara yang penting adalah persediaan perlu ada untuk menangani masalah ini dan ia perlu dikongsi untuk pertahanan di masa akan datang.
Berlakunya masalah ini membolehkan beberapa kajian dapat dibuat terhadap tahap rangka keselamatan digital sedia ada dengan membuat profil risiko-risiko jangkaan, menganaliasa fail-fail log, kecerdikan sistem dalam menangani ancaman dan lain-lain.
Sumber: bharian

PROMOSI GEMPAK 10 HARI PENAPIS AIR DR IMTIYAAZ RM599 SAHAJA



PROMOSI GEMPAK 10 HARI MULAI 20 - 30 NOV 2011,STOKIS IMTIYAAZ NEGERI MELAKA MEMBERI POTONGAN ISTIMEWA UNTUK PRODUK PENAPIS AIR DR IMTIYAAZ. HARGA SEPANJANG PROMOSI 10 HARI INI RM599 SAHAJA ( HARGA SEBENAR RM1480). STOK TERHAD ( 20 UNIT SAHAJA ). PEMASANGAN PERCUMA. PENGHANTARAN PERCUMA SELURUH NEGERI. BERMINAT HUBUNGI SEGERA STOKIS IMTIYAAZ MELAKA 0162063764 HARI INI JUGA!
KEMPEN 1 RUMAH 1 PENAPIS AIR! JOM MINUM AIR BERSIH!
Halal Certificate - Dr. Imtiyaaz

Sijil Halal Jakim – Dr. Imtiyaaz


KEMPEN 1 RUMAH 1 PENAPIS AIR
IMG_5551-copy

RM1480

PENAPIS AIR DR IMTIYAAZ

Sistem penapis dan merawat air berteknologi tinggi Dr. Imtiyaaz :
Dr. Imtiyaaz merupakan produk sistem penapisan berteknologi tinggi fir-nano. Produk ini direka cipta dan dihasilkan untuk menapis dan merawat air kepada air hidup (air sempurna) yang amat penting kepada kehidupan terutama tubuh badan manusia, melalui teknologi tinggi fir-nano. Bio seramik dalam sistem ini akan menghasilkan fir yang menyebabkan resonan ini akan lebih tinggi tenaga, oksigen dan paling penting molekul-molekul air akan berbentuk heksagon halus. Tubuh badan manusia akan lebih cepat dan mudah menyerap molekul-molekul air yang halus untuk menjadikan air hidup berperanan terhadap seluruh sistem dektosifikasi, sistem neautralisasi dan sistem immunisasi (dni).
Keunikan dan kebaikan air Dr. Imtiyaaz kepada pengguna :

Air menjadi lazat tanpa dididihkan
Bertenaga (aura) meningkatkan keaktifan sel.
Mempercepatkan proses metabolisme.
Meningkatkan kapasiti nutrien (mineral).
Meningkatkan kandungan oksigen.
Molekul air halus memudahkan diserap.
Melancarkan aliran peredaran darah.
Membaiki sistem penghadaman.
Mencegah masalah  berkaitan jantung.
Menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan.
Memperbaiki perpeluhan dan melegakan kepanasan.
Membantu komunikasi antara sel untuk melegakan kepanasan.
Tidak mempunyai kesan magnetik tinggi.
Kelembapan kulit dan memperlahankan penuaan.
Meningkatkan kemampuan sistem imuniti.
Nilai ph setara dengan manusia.
Kegunaan domestik untuk kesegaran makanan


IMTIYAAZ CLASSIC RM698
Amalan Minuman Air Dr. Imtiyaaz Dapat Membantu Menghindari, Merawat Dan Memulih :
1. Darah Tinggi (Hyper Tension).
2. Tekanan Darah Rendah.
3. Tekanan (Stress).
4. Lumpuh (Stroke).
5. Arthiris.
6. Kecerdasan Minda (Kanak-kanak).
7. Penuaan Dan Nyanyuk.
8. Penyakit Parkinson.
9. Penyakit Kulit (Allergik).
10. Ulser (Kulit) Dan Kulit Kaki.
11. Migrain.
12. Insomia.
13. Rambut.
14. Kesuburan Dan Mandul.
15. Asma.
16. Jantung.
17. Gastrik.
18. Bengkak Usus.
19. Urik Asid (Ghout)
20. Kencing Manis.
21. Hepatitis B Dan C
22. Senggugut, Keputihan Dan Urat Simpul.
23. Sembelit.
24. Buasir Dan Batu Karang.
25. Kanser.
26. Kelenjar Prostat.
27. Berkaitan Dengan Buah Pinggang Dan Lain-lain.

BORANG BANTUAN RM500 AKAN MULA SECARA PERCUMA MULAI 1 DISEMBER

Carian Google
Carian Google


Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Disember ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.

“Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar melibatkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion…untuk itu seramai 2,000 sukarelawan LHDN akan digerakkan ke seluruh negara bagi memudahkan proses pendaftaran,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan masjid dan penyampaian hadiah Tadika Firdaus, Rancangan Perumahan Tersusun Batu 4 di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian berkenaan juga menyediakan bilik gerakan sepanjang proses pendaftaran dan pengagihan wang berkenaan yang dijangka bermula Januari depan.
Katanya pendaftaran akan dibuat melalui LHDN, pejabat daerah atau agensi kerajaan terlibat serta kerajaan akan mengumumkan penerima yang layak melalui media massa.
Ahmad Husni berkata proses pendaftaran adalah sangat penting dan LHDN juga akan buka bilik gerakan dan kesemua sukarelawan akan membantu sepanjang proses pendaftaran termasuk di kawasan pedalaman.
Oleh yang demikian pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengedar borang permohonan palsu.
“Kita tidak mahu ada golongan tertentu yang cuba mengelirukan bakal penerima insentif ini dengan mengedarkan borang palsu bagi mengaut keuntungan,” katanya.

Beliau berkata proses pendaftaran haruslah melalui saluran yang betul dan tidak melalui orang tengah.
“Kita akan menghantar pasukan sukarelawan ini ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk proses pendaftaran, katanya.
- Bernama