Perkahwinan
merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang
individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat
kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan
perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan
20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau
matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah
satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi
mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24
tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada
ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri
yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia
lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda
lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan
bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang
ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan
amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang
lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan
yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan
tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah
satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda
miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga.
Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan
anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side
income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time)
ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai
keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan
seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap
yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan
tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan
pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan
menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari
kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan
yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga
bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood
yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa
berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati
ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak
membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus
asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap
perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa
anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan
anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment