Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Wednesday, September 14, 2011

TEKNIK JUAL BALIK SECARA ANSUR-ANSUR

Sebenarnya teknik ni ada dalam artikel saya yg lepas. Tapi takpa, mai nak cerita balik.
Katakan saya ada emas 1 Dinar sebanyak 30 keping yang nilainya RM20,000.00 (Modal awal saya)
iaitu lebih kurang RM670 sekeping 1 dinar.
Kemudian, selepas 1 tahun saya simpan, emas saya naik sebanyak 25% (RM5000.00)
Maka, nilai emas saya ni akan jadi RM25,000.00
iaitu lebih kurang RM840.00 (25%)
Jadi, apa yang saya buat, untuk ambil untuk RM5000.00 tu saya akan jualkan emas saya sebanyak 5-6 keping 1 dinar
Katakan saya jual 6 keping 1 dinar = RM840 x 6pcs = RM5040.00
Kalau saya jual 6 keping emas 1 dinar tadi, emas saya akan berkurang. Sekarang dah tinggal 24keping. Tapi kawan2, walaupun bilangan emas tadi dah menyusut..dari 30keping 1 dinar dah jadi 24keping 1 dinar, nilai emas 24 keping 1 dinar tu masih lagi lebih kurang RM20k :) betul tak?? sebabnya, kita just jual 6keping 1 dinar yang nilainya lebih kurang RM5k tu (untung kita selepas kenaikan harga emas sebanyak 25%)
Pendek kata, kita cuma ambik untung saje..modal permulaan 20k masih ade. kalau kita jual lagi 24keping tu, kita dapat la 20k betul tak?hehehe..harap2 paham la ye..
Tapi, kalau kita ade 3 keping 10 dinar? agak susah la nak guna teknik diatas betul tak? oleh yang demikian, ada kelebihan dan kelemahan la kalau nak beli emas yang bersaiz besar ni.
Baiknya adalah spreadnya rendah. Kelemahanya, tak brapa boleh nak guna teknik diatas. Melainkan kalau dia ade berkeping2 emas 10dinar tu..
**kenaikkan harga emas 25% tu tak dijanjikan, saya hanya bercerita berdasarkan kenaikkan harga emas tahun2 sebelum ni :)

No comments:

Post a Comment