Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Friday, June 17, 2011

Menyemakkan Rumah....


Tak ada keje cari keje, pondok kat tepi rumah tu kosong je kelilingnya. Akhirnya buat keputusan nak hias sikit keliling pondok tu dgn apa je la jenis pokok, janji x kosong.

 Pergi nursery, jumpa Busidah & Tower tree, x ada kojo cari kojo. Akhirnya berjaya jugak menanam 2 pokok ni walaupun teruk nak gali lubang sebab pokok dah besar. Dah senja tadi baru siap..
BUSIDAH

TOWER TREE       

Sedapnya Apam Melaka Ori!!

Petang tadi perut rasa lapar lak, on the way nak balik sekolah nampak orang jual Pau & Apam Melaka tepi jalan Kg Lendu.Singgah le, sekali buka bekas Apam, mak oii!~!! besarnya kuih apam, dah le gebu, memang menyelerakan perutku yg memang tgh meronta-ronta kelaparan.
Besarkan Apam Melaka ni?

Beli le Apam RM2 ( 6 ketul), tp rasa kesian betul, besar betul kuih Apam tu, balik rumah potong yg 3 ketul, dah jadi 6 ketul.Rasanya memang sedap, dgn gebu dan cukup rasa, lama tak makan apam sesedap ni. memang berbaloi, tp rasanya tukang jual apam tu yang tak berbaloi, sebab apam tu besar sangat, kesian kat tukang jual apam ni. Tu le kalau org kampung yg buat kuih, x kisahkan untung sangat, janji untung sikit pun jadi le. 
RM1 je, tapi penuh pinggann tupperware aku!
 Aku nak tolong le promote kuih apam ni. Sape yg minat nak beli apam ni, lalu le ikut Kg Lendu, cari tiang lampu no 19, kat situ ada orang sorang je jual kuih pau & apam. Garenti berbaloi. Memang tak rugi, sedapnya menjilat jari....nyam!nyam~!
Menyelerakan! yummy! yummy!

Tengok gambar kuih apam ni pun garenti korang dah terliurkan!

Wednesday, June 15, 2011

PELABURAN EMAS

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.
Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.
Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!
Bagaimana hendak melabur dengan emas?
Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

PENADOL PUNCA KANSER DARAH?

Panadol Punca Kanser Darah!
Anda sering menjadikan Panadol sebagai ubat pilihan utama ketika kepala dan demam? Jika ‘YA’ anda seharusnya mengubah ubat pilihan utama anda kepada ubat yang lain.
Ini kerana kajian terkini yang dijalankan di University of Washington telah mendapati bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya untuk mendapat kanser darah tertentu.
Apa Itu Acetaminophen?
Acetaminophen merupakan istilah yang digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, yang merujuk kepada sejenis sebatian yang kita kenali di negara kita dengan nama generik “paracetamol”. Ia digunakan secara meluas sama ada sebagai analgesic (melegakan sakit kepala) atau sebagai antipyretic (mengurangkan suhu badan ketika demam). Manakala, di negara kita ‘Panadol’ telah menjadi satu jenama ubat paracetamol yang mudah di dapati.
Acetaminophen bersifat lebih lembut berbanding aspirin yang juga bersifat analgesic, tetapi pengambilan aspirin di luar dos yang dibenarkan boleh membuatkan seseorang itu mengalami pening dan muntah yang melampau. Memandangkan sifat acetaminophen yang sedikit lembut ini, kebanyakkan individu menjadikan ia sebagai jalan pintas untuk menghilangkan sakit kepala.
panadol activefast Panadol Punca Kanser Darah!
Kajian terkini yang dijalankan, telah mengesahkan bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya mendapat kanser darah tertentu. Ketua penyelidik kajian yang berkenaan, Dr. Roland Walter, merangkap pembantu profesor perubatan di bahagian hematologi, mendakwa “Kami mendapati bahawa penggunaan acetaminophen yang terlalu kerap, iaitu salah satu ubat yang paling kerap digunakan di seluruh dunia, mempunyai hubung kait yang berisiko meningkatkan insiden ‘hematologic malignancies’ hampir dua kali ganda”. Hematologic Malignancies merujuk kepada jenis-jenis kanser berlaku dalam darah, tulang sum sum, dan limfa.
Para penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengambil acetaminophen sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun telah menerima hampir dua kali ganda risiko untuk mengidap beberapa jenis kanser darah. Kanser-kanser ini termasuklah myeloid neoplasmsnon-Hodgkin lymphomas dan gangguan plasma sel. Walaubagaimanapun, kumpulan penyelidik ini mendapati penggunaan acetaminophen seperti ini tidak mempunyai kaitan dalam risiko peningkatan penyakit leukimia. Ramai pakar berpendapat kajian seperti ini harus diteruskan dan dijalankan dengan lebih mendalam agar kesan sampingan sebenar acetaminophen dapat dirungkai.
Memang Panadol selalunya dikatakan ubat mujarab untuk sakit kepala dan demam tetapi kesannya juga sangat serius. Jadi cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan mengawal pengambilan ubat anda!

ANDA TAKUT GEMUK?

Anda takut gemuk? hmm, tu soalan yang selalu ditanya kepada orang perempuan. jawapannya...tentulah!! siapa yang suka jadi gemuk kan? isteri takut gemuk bimbang suami x sayang. anak gadis takut gemuk bimbang boyfriend tinggalkan dia. apapun alasan, gemuk memang menjadi musuh wanita.


Jadi untuk elak gemuk, apa yang anda buat? hmm, ada yang kurang makan, istilahnya 'diet' dan mencuba segala mak nenek ubat kurus demi kelihatan ramping, kan? kan? malah, ada yang sanggup beli segala macam baju infra merah demi mendapat bentuk badan unggul. namun tak kurang juga yang disebabkan tak mahu berhabis duit atau tak ada duit pilih alternatif lain.


Apa dia? cara mudah aje... makan dan lepas tu muntahkan semula apa yang sudah dimakan itu. istilah saintifiknya ialah bulimia.


apa dia bulimia?


bulimia nervosa ialah kecelaruan pemakanan. Penghidap bulimia nervosa sebenarnya menghadapi masalah psikologi  kerana fikiran mereka hanya tertumpu kepada persoalan mengenai penampilan kurus, berat badan dan makanan. orang yang bulimia ni tak pernah percaya pada apa orang lain kata tentang tubuh badannya. anda beritahulah banyak kali kepadanyapun yang dia kurus, dia tetap kata dirinya gemuk jugak. so, apa yang dibuatnya?


.Pesakit bulimia biasanya akan makan dengan banyak dan cepat kemudian ‘memuntahkan’ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak. Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat yang dinamakan ubat laksatif atau diuretik, supaya cepat membuang air besar. kadang-kadang mereka sanggup berpuasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan tidak mustahil juga ada yang akan membuat senaman yang keterlaluan. (http://www.yadim.com.my/Kesihatan/Kesihatan)


kesan?


badan pesakit akan kekurangan mineral dan zat yang diperlukan dalam badan. hormon badan menjadi tidak seimbang. Ini sekali gus menyebabkan mereka mudah tertekan dan sering hilang kawalan.


bulimia banyak membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan. Penghidap bulimia bakal berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti dehidrasi dan kekeringan, kadar denyutan jantung tidak normal, gigi sensitif serta gangguan pada sistem penghadaman. Selain itu, mereka mungkin muntah bercampur darah yang menandakan ada luka pada esofagus iaitu laluan makanan dari tekak ke perut atau pada perut. Tekanan dan kemurungan adalah masalah paling biasa dialami pesakit bulimia, justeru perlu dirawat dengan segera kerana ada di kalangan pesakit ini cenderung untuk membunuh diri.




anda ada kawan yang menghidap bulimia? ketahuilah bahawa tabiat pemakanan mereka perlu dihentikan daripada terus merebak dan mengancam nyawa mereka. bawa diorang jumpa doktor untuk mendapat khidmat kaunseling dan nasihat cara pemakanan yang betul. doktor juga akan memberikan ubat untuk meredakan kesakitan pesakit seterusnya merujuk kepada pakar sakit jiwa sekiranya tiba di tahap kronik.


SEKSANYA NAK KURUS KAN?


 
Dah rasa seksanya masa montel dulu, nak beli baju susah, daya keyakinan diri begitu rendah, semua serba tak kena.Akhirnya diet entah ke mana2 sbb bila susah hati, makan lagi kencang. Alhamdulillah akhirnya setelah 4 bulan, aku kembali dapat berat badan ideal. Tak nak gemuk lagi!!

Tuesday, June 14, 2011

GANGGUAN SAKA

Saka dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.

Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.

Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.

Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.

Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.

Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau 'layak' mewarisinya.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.


Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.

Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.

Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.

Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).

"Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.

"Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.

"Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.

"Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru," katanya.

Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.

"Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

"Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka," katanya.

Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.

"Terdapat hadis daripada Abu Tha'labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.

"Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya," katanya.

Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.

"Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.

"Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya," katanya.

Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.

"Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.

"Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah," katanya.

Petanda seseorang mempunyai saka

Gejala waktu tidur

-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala waktu jaga

-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

Sunday, June 12, 2011

Balik Kampung yei!

Seronoknya baru ni ni dapat balik Kedah jenguk saudara mara selepas 5 tahun.Lama tak jumpa macam-macam cerita keluar.Musim padi, cantik betul permandangan kampung, cuma tak sempat snap banyak atas masalah teknikal.


 Balik 7 hari rasa mcm baru sehari. Tak sempat nak jelajah Kedah & Perlis. Aktiviti shopping tetap ada. Pakat pi Padang Besar, round2, tapi tak suggest le shopping kat sini waktu cuti sekolah, harga melambung, apa dia orang ingat yg melancong tu semua poket kembung ke?
Tak beli apa-apa pun, capai le sikit benda2 makan je, kain baju tak yah beli le, rasanya kat atas kedai kat Jitra, Alor Star & Kangar lagi murah le.Mak aku sempat lak beli periuk 4 beradik, mana le nak sumbat ni Mak Tok oii! Dah jadi macam ikan sardin dalam Unser aku tu..Nak tergelak bila balik Melaka, pegi Family Store periuk tu ada kat situ, harga murah RM50 dari yg mak tok beli, brand sama je. Aku pun apa lg, terus grab le. Cerita kat mak tok,puh!tepuk dahi mak tok sebab dah TERKENA di Padang Besar.Hubby apa lg, senyum je le...



Spoil sikit, tak dapat shoot gambar byk sebab kamera hilang sekejap, hari nak balik baru dapat, anak aku tertinggal dalam kereta Paksu di Perlis. ala ruginya.
 Melaram spec hitam Celine Dion baru, yg lama tertinggal dlm kete lg satu, tak pasal2 terbang duit den yg dah byk kuar ni.Kalau tak pakai, masa drive kat highway jenuh kelip mata, panas..

Jalan-jalan cari makan kat Kuala Perlis



7 hari kat kampung, tak cukup masa nak penuhi jemputan sedara mara ajak makan2 kat rumah masing2. Berat naik hampir 4kg dlm masa 7 hari tu. Dah berborak makan pun mmg berselera.Tak boleh jadi ni, balik Melaka kena diet semula, kalau tak jadi aayam serama le aku..



Kak Ngah mengada-ngada dgn Mak Tok!         
Penuh rumah Abg Zan & K.Sah, semua berkumpul,meriah!


 Tak puas betul balik kampung kali ni, nak balik lama2 pun hati tak senang, paper exam byk blm ditanda, naik sekolah terus nak kena key in, kalau tak syok le sikit dapat 2 minggu kat sana. Tak pe la, ada rezeki aku balik lagi.