Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Tuesday, October 4, 2011

GAJI KAKITANGAN AWAM NAIK ? - BELANJAWAN 2012

Kerajaan bakal memperkenalkan sistem saraan baru bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau (SSM), antara lain memberi berita gembira buat kakitangan awam dengan kenaikan gaji dijangka sehinggan 40 % (peratus). Sistem saraan baru yang namanya masih dirahsiakan bakal dibentangkan dalan Bajet / Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ramai melihat Bajet kali ni iala Bajet untuk pilihanraya umum 13, demi memenangi hati rakyat.

Bila sistem baru itu akan diadakan?

Kerajaan akan melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

PETIKAN BERITA

Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam … kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Sunday, October 2, 2011

TREND KUMPUL STOK MASA HARGA MENJUNAM ( SEKEJAP JE NI...)

KAWAL EMOSI DLM PELABURAN EMAS

Kawalan Emosi Dalam Pelaburan 

OK, saya nak share tentang kawalan emosi semasa kita melabur. kawalan emosi adalah sangat penting...seperti yang pernah dikatakan olen Warran Buffet " if you cannot control your emotions, you cannot control your money". Awal minggu ini ramai yang telah membuat lock emas dan perak disebabkan penurunan harga comodities ini disebabkan oleh Berita US (Obama) telah Print Duit Kertas sebanyak 2 billion.... Di dalam tabloid Wallstreet Journal sepanjang minggu ini sibuk memperkatakan tentang isu tersebut dan kesannya yang hanya melonjakkan US dollar untuk sementara waktu.

Dan semalam, harga comodities terus turun, dan banyak yang berkata RUGI kerana membuat belian di awal minggu. Jangan lah kita merasa rugi. Setiap pelaburan itu pastinya ada untung dan rugi. Jangan kita menilai dalam jangkawaktu yang pendek kita telah rugi. Kita hanya rugi dari segi jumlah pembelian, tetapi kita masih belum rugi kerana kita telah selamatkan duit kita dari dimakan inflasi. Janganlah baru 4 hari kita membeli emas dan perak, dan harganya turun dalam jangkamasa 4 hari ini dikatakan rugi, ini adalah persepsi yang salah.Flactuation on price tetap akan berlaku, mana ada satu pun pelaburan di dalam dunia ini yang hanya menunjukkan kenaikan sahaja, MUSTAHIL!! Comodities sangat sensitif dengan isu2 semasa, lantaran pemahaman tentang perkembangan isu semasa adalah sangat penting. Janganlah kita merasa rugi, disebabkan kejatuhan harga dalam jangkawaktu yang pendek. Insyallah dengan impak dari isu semasa yang melanda dunia ini hanyalah bersifat sementara. Jika kita sudah membeli pada harga yang tinggi, sekiranya ada modal lagi kita beli lagi di waktu rendah...amalkan dollar cost averaging. Ini akan mengurangkan harga tinggi yang anda beli sebelum ini.

Kepada anda yang masih belum melabur dalam emas dan perak, anda adalah orang yang boleh dikatakan sebagai RUGI!selak surat khabar minggu lepas, cari berapakah peratusan inflasi dalam suku tahun pertama. Wang kertas anda akan dihakis oleh inflasi sekiranya anda tidak tukarkan dengan emas dan perak. Bak kata orang putih "when inflation occurs, gold prevails"....

Kepada yang nak mula menceburkan diri dalam pelaburan emas dan perak, masih belum terlambat untuk mula. Better be late than nothing.
Jom tukar duit kertas kita kepada emas sekarang sebelum harga kembali melonjak.
Kalau minat nak jadi agen Public Gold & Wafa Gold pun boleh.
Keterangan lanjut hubungi SERIKANDI EMAS ( 0162063764 )email ; srar1973@yahoo.com

KENAPA EMAS PUBLIC GOLD?

Assalamualaikum dan Salam Keemasan.
Kenapa emas Public Gold & Public Dinar? Kat Malaysia yang kita cintai ni, ada banyak jenis emas yang sifatnya sama macam PG & PD. Panggilannya tetap sama iaitu gold coin, gold bar, fine gold bar dan gold bullion. Tapi apa yang membezakannya sehingga saya sangat-sangat syorkan untuk memilih PG dan PD. Kenapa? Kita layan…..
1. Syarikat yang kukuh. Walaupun baru 2 tahun bertapak, tapi kemana-mana saja dikenali ramai.
2. Dapat pengiktirafan dari ” The Malaysia Book of Record”: Public Gold menjadi syarikat pertama mencipta rekod di The Malaysia Book of Record sebagai pengeluar gold bar tempatan pertama yang dapat pengiktirafan ketulenan dari assayer.
3. Ada kelulusan dari BNM: Takde banyak cerita, baca sendiri isi surat dari BNM. Ni surat original tau.
4. Memberi spread yang rendah berbanding syarikat pengeluar emas yang lain iaitu hanya sekitar 5%-6% dari harga we sell.
5. Dapat sambutan hangat penggemar emas seluruh malaysia berbanding syarikat pengeluar emas yang lain.
6. Ketulenan emas PG dan PD telah disahkan oleh Assayer. Dengan adanya Certificate Assayer ni, kita tak ragu-ragu lagi dengan ketulenannya. Kat bawah ni adalah contoh certificate dari assayer.
7. Tidak menghadapi masalah kehabisan stok emas walaupun kepopularannya gah dan sentiasa dicari-cari oleh penggila emas kerana mereka mempunyai kilang emas sendiri.
8. Mempunyai agen di seluruh Malaysia, maka mudah untuk mendapatkan emas PG & PD. Tak perlu bersusah payah untuk ke kedai emas mereka yang terletak di Penang dan Bandar Sunway.
9. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas PG dan PD walaupun bercalar, bungkusan telah dibuka. Try beli kijang emas, calarkan pastu gi jual balik ke Maybank.Confirm maybank x nak buy back..
10. Harga PG dan PD mengikut pergerakan harga emas antarabangsa dan ia jauh lebih murah berbanding harga di kedai emas yang harganya diselaraskan oleh FGJAM.
11. Memberikan peluang business dan investment yang sebenar dan pasti. Kalangan kita sudah ramai mengenali malah dah ramai memiliki emas Public Gold. Persoalan business, kalau dah ramai peminat, maka berlakulah jual beli yang rancak. Begitu juga dengan investment, selagi ada supply & demand, selagi tu takde masalah kalau kita nak wat investment dengan emas Public Gold.
12. Bentuk yang cantik, menarik dan tidak menjemukan. Tak dapat dinafikan lagi. Tengok gambar emas pun dah cukup meliurkan.
14. Mudah mengetahui harga semasa PG dan PD samada melalui website, sms dan melalui akhbar.
Salam Emas dari :
SERIKANDI EMAS : 0162063764
PG 009293
WAFA GOLD DEALER:
WGD 1028

SATU ANALISA PENGIRAAN UNTUNG EMAS X SAMPAI SETAHUN!

Salam Emas

Saya ingin memberi satu contoh analisa keuntungan daripada belian goldbar salah seorang customer saya. Berikut adalah belian beliau :

6/3/2010
3 keping 100g Public Gold pada harga RM13,078 sekeping = RM39,234

19/3/2010
1 keping 100g Public Gold pada harga RM13,211.00 = RM13,211

20/3/2010
1 keping 100g Public Gold pada harga RM13,022 = RM13,022

12/9/2010
1 keping 100g Pamp Suisse pada harga RM12,700 = RM12,700

Kesemua jumlah pelaburan beliau adalah RM78,167.

Pada hari ini, 17/10/2010, sekiranya beliau ingin menjual goldbar tersebut, harga belian 100g Public Gold pada hari ini ialah RM14,563.

5 keping x RM14,563 = RM72,815.

Manakala harga belian Pamp Suisse pada hari ini ialah RM13,300.

1 keping x RM13,300 = RM13,300.

Jumlah jualan balik goldbar2 beliau (pada hari ini) ialah RM86,115.

Berapa keuntungan yang beliau perolehi?
RM86,115 - RM78,167 = RM7,948.00 !!!!

Jika dalam kiraan peratusan pulangan, ini adalah sebanyak 10% dalam masa hanya 7 bulan!!


Jika dikira berasingan, keuntungan daripada goldbar Public Gold sahaja adalah sebanyak RM7,348 iaitu 11% dalam masa 7 bulan.

Daripada kiraan Pamp Suisse pula, keuntungan beliau adalah RM600 iaitu hampir 5% dalam masa hanya 1 bulan!!!!

Nah, sekarang anda fikir sendiri & nilaikan apakah masih menaruh harapan pada ASB yang hanya memberi pulangan 7% setahun (itupun jika anda tidak usik simpanan selama setahun) atau inginkah anda terus-terusan menyimpan duit/currency yang nilainya akan jatuh?

Jadilah pelabur yang bijak!! Kira & rancang masa depan anda sementara belum terlambat!

Kredit :
Bankemas.blogspot.com

KENAPA KITA RUGI KALAU TAK INVEST EMAS?

Kenapa Emas???

Salam..

Jom kita serius2 sikit pasal pelaburan emas ni..hehhe..Kita tengok kenapa bukan kita di Malaysia sahaja yg duk sibuk dgn pelaburan emas, tetapi Asia malah dunia juga gamat memperkatakannya. Dan sekiranya anda masih berkira2 untuk melabur dalam emas, dan merasakan seolah-olah 'sukar' untuk berkata 'YA', saya akan gariskan beberapa faktor/sebab di sini, "kenapa emas" yg kita cari?


Ulasan ttg Gold Investment Market
Pelaburan emas di seluruh dunia telah berkembang pesat sejak 5 tahun lepas, cuma bila dibandingkan dgn keseluruhan saham2 kewangan yang lain, pelaburan dlm jongkong emas ni adalah hanya sebahagian kecil.

Permintaan drpd Pelaburan Emas 
Jualan drpd barang kemas di seluruh Asia kini makin meningkat ekoran drpd berkembangnya ekonomi tempatan di Asia & peningkatan pelaburan2 swasta. di China shj, permintaan dlm gold investment ini meningkat sebanyak 20% pada tahun 2007, manakala pengguna di India mencatatkan rekod belian brg kemas sebyk 900 tan, ini dah kira lebih kurang 1 perlima drpd keseluruhan pasaran dunia!

Sepanjang tempoh dua suku pertama tahun 2009, permintaan emas drpd pengguna di China telah melebihi India, iaitu berjumpah 194.8 tan, bersamaan 18.7% drpd jumlah permintaan dunia. Pada masa yang sama, permintaan di India pula berjumlah 126.7 tan, bersamaan 12.1% darpd jumlah permintaan dunia.


Pembeli emas di Asia kebanyakkannya beranggapan yang barang kemas perhiasan diri adalah sebagai satu bentuk pelaburan emas. Kerana itulah, bentuk emas perhiasan yang paling popular di Asia - rantai kasar & rantai tangan- dikenali sebagai "barang kemas pelaburan" dalam industri emas di asia. Dahulunya, mereka agak 'reluctant' untuk memiliki jongkong emas, sehinggalah kebelakangan ini barulah mereka mula berjinak-jinak membeli  emas fizikal dalam bentuk jongkong, bertujuan untuk memelihara wang simpanan daripada kesan inflasi & "kejutan matawang".

Hasil perlombongan gagal memenuhi permintaan pelaburan emas.
Syarikat2 perlombongan emas di seluruh dunia kini semakin sukar/hampir gagal untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi drpd pembeli emas perhiasan & pelabur2 emas, dan ini adalah punca utama harga emas telah meningkat sepanjang masa di seluruh dunia.

Negara No.1 pengeluar/pelombong emas dunia, South Africa, mengatakan yang hasil perlombongan negaranya telah berkurang sebanyak separuh sejak 1998, dan operasi2 baru di China & Rusia-walaupun meningkat-tetapi masih juga gagal untuk mengisi permintaan yang semakin tinggi itu.


Mengikut kata konsultan2 di "Virtual Metals", jumlah hasil perlombongan emas dunia telah jatuh sebanyak 4%, sejak 2003. Pakar analisis pelaburan emas mereka juga tidak mengjangkakan peningkatan hasil perlombongan dalam masa terdekat.

Pelaburan Emas vs. Kejatuhan USD
Sewaktu nilai USD mengalami kejatuhan, pelaburan emas telah melonjak naik dengan cepatnya dalam semua matawang utama dunia.


Dalam masa 5 tahun sehingga 2008, pembelian EURO seluruh dunia untuk melindungi status ekonomi negara masing2 drpd akibat kejatuhan USD, telah meningkat sebanyak 47%. Pelaburan emas pula, on the other hand, meningkat 131%.

British, Australian, South African dan Indian yang melabur dalam emas pada tahun 2007, semuanya seronok apabila harga emas melonjak & sentiasa merekodkan harga tinggi, sepanjang masa.



Bila inflasi mengancam, Pelaburan Emas terus bersinar.
Kenaikan harga minyak mentah telah hampir setara dengan kenaikan dalam harga emas sejak 2003, tetapi di samping itu kenaikan harga dalam makanan dunia, logam2 utama seperti copper & kos penghantaran yang sentiasa mencatat kenaikan harga yang tinggi, juga perlu diambil kira.

Permintaan barang2 yang semakin meningkat drpd pengguna2 Asia adalah salah satu punca kenaikan harga komoditi2 ini. Tetapi, kebanyakkan penganalisis pelaburan emas juga sepakat menuding jari kepada peningkatan yang tinggi dalam hutang & kredit di Barat, juga merupakan faktor yg besar.


"Money Supply" di US telah berganda sejak 7 tahun lepas. Di Eropah, peningkatan dalam "money supply" yang mencecah hampir 30 tahun rekod pada akhir tahun 2007, menyebabkan bertambahnya permintaan pada pelaburan emas, kerana nilai setiap circulated Euro terancam untuk mengecil disebabkan lebihan duit2 kertas & baki2 dalam akaun elektronik.

Pelaburan Emas: Antidot kepada masalah kelalaian hutang yang kompleks
"Inovasi kewangan sejak beberapa tahun yang lepas telah menjadi sangat kuat & berkuasa," kata Gilles Gilcenstein, Ketua Pengurusan Harta di BNP Paribas, pada lewat tahun 2006. Kini, kita dapat melihat "bubles" dalam pelaburan2 yang kompleks yang seakan-akan "memakan diri sendiri".

Global Credit Crunch mula2 'mencengkam' apabila syarikat2 seperti MBS (Mortgage-backed Security), CDOs (Collaterized Debt Obligation), CDS (Credit Default Swap) dan ABCP (Asset-backed Commercial Paper), tiba2 menjadi "muram" selepas pasaran mortgage Amerika merudum jatuh.

Instrument2 ini berkembang dalam keadaan "opaque" & "off-balance-sheet" hasil drpd kejuruteraan kewangan moden.

Kerana itulah, ketelusan atau 'tranparency' adalah penting. Dunia moden kini mempunyai "audited accounts", "open exchanges" dan syarikat2 "public" atas satu sebab yang bagus: kerana generasi terdahulu sudah sedia faham apabila sesuatu pelaburan tidak lagi terbuka & transparent, dan bertukar kepada "persetujuan rahsia", kontrak yang kompleks & bonus eksekutif2 besar, maka sewaktu itu pelabur2 awam lah yang kebiasaannya ditipu. Ketelusan (transparency) akan membantu menghentikan masalah2 ini daripada berlaku.


KESIMPULAN: Secara perbandingan keseluruhan dalam pertumbuhan pesat pasaran sekuriti moden, pelaburan emas kekal dianggap "tersendiri, independent & straight-forward - dijalankan dengan cara yang betul- very transparent."

Pelaburan emas yang solid menghindarkan kita daripada risiko2 kelalaian kredit atau kegagalan sistem perbankan.

Saturday, October 1, 2011

MAKAN MALAM BERSAMA IMAM MUDA AMMAR ( IMAM MUDA MUSIM KEDUA ASTRO)

Terima kasih atas kesudian Imam Muda Ammar menjejakkan kaki ke rumah untuk bertemu dgn anak2 yg begitu teruja sekali nak jumpa Imam Muda. Ye la kan..selama ni asyik nengok kat TV, kali ni dapat tengok live.


 
Masing2 malu le konon, maklumle first time jumpa Imam Muda Ammar, lama sikit masing2 kemain lg, terutama si kecik tu Mu'adz. K.Ngah sibuk dgn buku nak sign autograf. Layan je la Ammar, nasib baik Ammar sporting.

IMAM MUDA AMMAR DI RUMAHKU.



Lagi gambar yg sempat snap semasa Imam Muda Ammar di rumah.







































.

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YAASIN & PROGRAM MOTIVASI BERSAMA IMAM MUDA AMMAR

Panitia Pendidikan Islam sekolah mengadakan Majlis Solat Hajat, bacaan Yaasin & Program Motivasi untuk semua pelajar Ting 3, 5 dan 6 Atas sempena peperiksaan PMR, SPM & STPM yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Aku mencadangkan agar tahun ini dibuat sedikit kelainan bagi menarik minat ibu bapa & pelajar tu sendiri untuk menghadiri program yang dirancang untuk mereka.Selalunya time program2 macam ni,jenuh cikgu2 kena kejar budak2 sbb masing2 nak ponteng dan x minat hadiri majlis2 berbentu keagamaan. Maka tercetus le idea aku yg tak berapa bernas ni nak cuba2 jemput mana2 imam muda supaya dtg ke majlis tersebut.

Jenuh jugakla aku mengecek imam2 muda 1 & 2 yg dapat meluangkan masa utk memenuhi jemputan panitia, akhirnya Imam Muda Ammar menyatakan kesudian melapangkan masa menjadi tetamu jemputan istimewa kami untuk majlis tersebut.Syukur.......