Jangan Lupa, klik le di sini, thanks!

FOLLOWERS

Saturday, December 10, 2011

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

  

NIAT:
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
  • Solat gerhana bulan ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. 
  • Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut:
Rakaat pertama
Niat solat Gerhana, Takbir
Baca Surah Al-Fatihah dan surah
Rukuk
I’tidal
Baca Al-Fatihah dan surah
Rukuk.
I’tidal.
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.


Rakaat kedua
Niat solat Gerhana, Takbir.
Baca Al-Fatihah dan surah.
Rukuk.
I’tidal,
Baca Al-Fatihah dan surah.
Rukuk.
I’tidal.
Sujud
Tahiyyat Akhir
Salam


No comments:

Post a Comment